KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.
Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya mengesan kewujudan trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat yang disyaki bertujuan dijadikan akaun keldai.
Beliau berkata taktik berkenaan menjadi pilihan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan amaun yang lebih besar.
"Selain daripada akaun keldai individu, kini wujud pula akaun keldai syarikat yang memberi ancaman kewangan yang lebih besar kerana transaksi yang bertopengkan syarikat melibatkan jumlah wang yang boleh mencecah bilion ringgit.
"Dalam membanteras kegiatan ini, JSJK melihat kepada keperluan supaya fungsi portal Semakmule diperkasakan dengan menambah satu lagi modul yang menyenaraikan syarikat yang disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah komersial. Maka lahirlah Portal Semakmule 2.0," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal Semakmule 2.0 di sini hari ini.
Beliau berkata fungsi berkenaan bagi membolehkan masyarakat mengetahui organisasi yang terlibat dengan jenayah komersial dan seterusnya mengelak daripada meneruskan urusan dengan syarikat terbabit.
"Sejumlah 107 syarikat telah disenaraikan dalam pengkalan data Portal Semakmule 2.0 dan jumlah ini akan terus bertambah dari masa ke masa selaras dengan siasatan yang dijalankan dan kes-kes baharu yang diterima setiap hari. Diharapkan, portal ini akan digunakan masyarakat bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ramli berkata bermula Januari hingga Februari lepas, sejumlah 6,283 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan nilai kerugian RM664,591,645.45.
Beliau berkata berbanding tempoh sama tahun lepas, yang mencatatkan sejumlah 6,544 kes dan nilai kerugian RM265,818,610.44, kes bagi tahun ini telah mencatatkan penurunan sebanyak 4.2 peratus tetapi nilai kerugian mencatatkan kadar peningkatan yang cukup besar sebanyak 150 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Portal Semakmule 2.0, hari ini. - Foto BERNAMA
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Dua lelaki bantu kegiatan ah long ditahan
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan oleh pasukan risik dan operasi JSJK.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Sepasang kekasih dalang kegiatan penstriman haram ditahan
Kedua-dua yang ditahan itu berumur 53 dan 57 tahun, dipercayai berperanan sebagai dalang utama sindiket itu.
Jumlah anggota JSJN dan JSJK perlu ditambah - KPN
Jumlah anggota bagi JSJK dan JSJN perlu ditambah bagi memperkasakan dan memperkuat operasi jabatan berkenaan dalam membanteras isu jenayah global dan rentas sempadan.
JSJK kesan transaksi RM3.8 bilion melalui 15 syarikat, disyaki hasil kegiatan penipuan
JSJK mengesan transaksi pemindahan wang sebanyak RM3.8 bilion ke 43 negara melalui 15 syarikat perdagangan berdaftar di Malaysia, yang disyaki hasil kegiatan penipuan bermula 2021 hingga 2023.
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
Segelintir NGO manipulasi mangsa penipuan - Bukit Aman
Polis mengesan ada segelintir NGO yang mengambil peluang daripada masalah yang dihadapi mangsa penipuan bagi mengaut keuntungan.
Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat - Bukit Aman
JSJK Bukit Aman kesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
JSJK beri fokus tiga perkara tingkatkan siasatan jenayah komersial
Memperkasakan siasatan bagi memastikan kadar pertuduhan yang lebih tinggi dapat dicapai antara tiga fokus utama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) tahun ini.