awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah - Khairy Jamaluddin

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/03/2021
09:39 MYT
Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah - Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin (kanan) dan Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 pada Isnin. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Hanya 6.1 peratus rakyat Malaysia atau lebih 1.46 juta orang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera setakat pukul 11 pagi Isnin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurut beliau, jumlah itu masih rendah jika mengambil kira sasaran 80 peratus rakyat Malaysia divaksin menjelang tahun depan.
“Kadar pendaftaran mungkin kurang kerana sikap ‘tunggu dan lihat’ dan kita sudah menjangkakan situasi sedemikian.
“Begitupun, saya yakin pendaftaran akan meningkat selepas kita membuka pelbagai saluran pendaftaran secara dalam talian dan di hospital atau klinik bermula 5 Mac ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media
yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan, seramai 17,064 orang telah menerima vaksin di seluruh Malaysia.
Tambahnya, daerah Kuching mencatatkan paling ramai penerima vaksin iaitu seramai 1,677 orang.
“Ini diikuti daerah Sibu seramai 1,360 individu, Kinta (1,141) dan Kuantan (1,075) serta Mukah seramai 822 individu.
“Sementara itu bagi negeri yang tertinggi jumlah vaksinasi adalah Sarawak seramai 7,402 individu, Pahang (2,419) dan Perak seramai 1,277 individu,” ujarnya.
BACA: Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy
BACA: Ibu hamil, susukan anak, rancang mengandung boleh ambil vaksin - Menteri Kesihatan
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#MOSTI
#vaksin
#COVID-19
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Pahang
#Kuching
#Sibu
#Kuantan
#kesihatan
#rakyat
#menteri
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan