Kaedah yang digunakan Malaysia untuk menangani wabak COVID-19 turut diamalkan di Taiwan, Korea Selatan serta Vietnam dan apa yang pasti negara-negara terbabit telah berjaya menangani penularan virus berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiga negara itu juga berjaya kerana kepatuhan rakyatnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa masing-masing.
"Memang kaedah ini diamalkan di Taiwan, Korea Selatan dan mereka berjaya dan sekarang ini Vietnam juga melaksanakan kaedah-kaedah PKPB dan bukan PKP. Kenapa mereka berjaya? Kalau kita kaji kenapa mereka berjaya tanpa halangan ekonomi contohnya di Taiwan.
"Mungkin mereka telah melalui peperangan. Jadi mereka memastikan kepatuhan kepada SOP untuk mereka hidup. Kalau konsep ini dipraktikkan di Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam jadi kita harap rakyat kita patuh dan ada disiplin sosial yang tinggi dan mungkin kita akan berjaya," katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.
Malah, beliau menyatakan COVID-19 di Malaysia ketika ini terkawal di sebalik jumlah kes harian yang dilaporkan.
"Kita sudah kurangkan kes kepada dua angka. Dalam modelling kita, kita tertinggal seminggu. Jadi kita ada seminggu lagi. Modelling kita sepatutnya 5 Mei, tetapi kita anjakkan ke 12 Mei untuk kita capai sama ada dua atau satu angka.
"Apa yang penting terkawal, maknanya hospital kita dapat menampung kes COVID-19. Hari ini penggunaan wad dan ICU berkurangan, mereka yang perlu bantuan pernafasan berkurangan. Jadi ada keperluan PKPB. Kejayaan PKPB bukan bergantung kepada KKM atau kepada kerajaan tetapi rakyat Malaysia.
"Jaga jarak sosial, pakai topeng, basuh tangan dan elak perhimpunan. Selagi kita tidak jumpa ubat COVID-19 selagi itu kita kena hidup dengan COVID-19 dalam hidup kita," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Wed May 06 2020
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiga negara itu juga berjaya kerana kepatuhan rakyatnya terhadap Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan pihak berkuasa.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.