Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan bagi Julai dan Ogos.
Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata bayaran tunggakan gaji itu merupakan komitmen pihaknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Kelantan.
"Pembayaran ini bermakna KAFA sudah melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan barisan jurulatih Kelantan pada musim ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan di sini, hari ini.
Bibi Ramjani berkata walaupun jumlah keseluruhan bayaran tunggakan gaji pemain tidak didedahkan namun ianya sudah membuktikan beliau sudah menunaikan janjinya sebelum dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu.
"Ianya sudah tentu satu jumlah yang agak besar namun usah kira dari mana sumber kewangan itu di ambil, ini adalah janji saya kepada pemain dan saya mahukan pemain memberikan satu keputusan yang positif pada dua perlawanan terakhir nanti," katanya.
Kelantan perlu menang dua perlawanan terakhir Liga Super bagi mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Kelantan akan bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini pada Rabu ini manakala menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka 21 Okt depan.
Mengenai kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai penasihat KAFA, Bibi Ramjani berkata sehingga kini pihaknya belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kedudukan Annuar yang kini masih menjawat jawatan tersebut.
Ditanya adakah nama The Red Warriors (TRW) akan ditukar dengan nama baharu, beliau berkata ia belum dibincangkan dan jika ada pertukaran akan diumumkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
Bibi Ramjani menyampaikan cek kepada Ketua Pasukan The Red Warriors Mohd Badhri Mohd Radzi pada Majlis Pelunasan Gaji Untuk Pemain di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, hari ini. --fotoBERNAMA
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
AWANI Ringkas: Peguam berhubung dengan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Polis kesan lima lelaki bantu siasatan kes gaduh
Polis sedang mengesan lima lelaki disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai permainan komputer di kawasan Buntong di Ipoh.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
ETS beroperasi melalui jadual baharu mulai 1 Ogos - KTMB
KTMB mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi
Laporan penuh nahas helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok.
Pendanaan awam politik kurangkan kes rasuah - IDEAS
Kebaikan pendanaan awam bagi parti politik dapat mengurangkan kebergantungan kepada dana pihak-pihak berkepentingan seperti syarikat-syarikat besar, individu-individu kaya dan sebagainya yang lazimnya mengharapkan imbuhan daripada derma diberi.
Sikon Remal: Angka korban meningkat kepada 32 orang
Angka kematian susulan Siklon Remal meningkat kepada 32 orang di Bengal Barat dan empat negeri di India.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.