KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menggesa kerajaan mengkaji semula dasar yang menyekat kanak-kanak pelarian atau tanpa kerakyatan untuk mendapat akses kepada pendidikan formal.
Dalam Titah Diraja sempena Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 hari ini, baginda menggesa kajian semula terhadap dasar itu dilakukan untuk menghapuskan kitaran generasi kemiskinan dalam kalangan pelarian atau tanpa kerakyatan dan ia bakal menjadi usaha penting yang memanfaatkan negara.
"Dasar kerajaan telah menafikan kanak-kanak yang menjadi pelarian atau tanpa kerakyatan mendapat akses kepada pendidikan formal. Dasar ini mengakibatkan kitaran generasi kemiskinan dan kemelaratan yang membebankan masyarakat.
"Jika kanak-kanak ini diberi akses kepada pendidikan, mereka akhirnya boleh hidup sendiri dan bebas daripada bantuan kerajaan," titah baginda.
Menurut Tuanku Muhriz beberapa pertubuhan masyarakat sivil (CSO) atau badan bukan kerajaan (NGO) telah menyahut seruan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan ini, dan melalui kemampuan mereka, beberapa kisah kejayaan telah berjaya diciptakan.
Baginda bertitah contohnya inisiatif yang dilakukan Yayasan Chow Kit - sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mengendalikan pusat dan krisis selama 24 jam dengan menyediakan makanan, terapi, pengurusan kes dan program pendidikan untuk kanak-kanak berisiko yang tinggal di sekitar Chow Kit di Kuala Lumpur.
"Sehingga kini Yayasan (Chow Kit) mempunyai lebih 100 belia yang berjaya yang mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi atau menjadi pemilik perusahaan perniagaan. Kejayaan ini disebabkan oleh sedikit kelonggaran dasar kerajaan," titah baginda.
Tuanku Muhriz bertitah sejak 2017, Kementerian Pendidikan telah mendaftarkan 15 pusat pembelajaran pelarian sebagai institusi pendidikan swasta.
"Tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan, kerana menurut UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian) terdapat kira-kira 40,000 anak pelarian dan pencari suaka berdaftar di Malaysia," titah baginda.
Mengenai isu kemiskinan khususnya yang berkaitan dengan golongan miskin tegar dan gelandangan Tuanku Muhriz bertitah kerajaan telah mengambil banyak inisiatif ke arah menangani isu berkenaan, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan.
Baginda bertitah banyak CSO berusaha untuk menyediakan penjagaan bagi mereka tetapi penyelesaian holistik dan jangka panjang diperlukan dan berharap agensi kerajaan akan bekerjasama dengan CSO ini untuk mengatasi isu kemelaratan dan kehilangan tempat tinggal.
Tuanku Muhriz menyeru kerajaan untuk menjalinkan hubungan lebih rapat dengan CSO dan NGO tersebut dan mengkaji beberapa dasar.
"Melalui usaha-usaha ini, negara dapat memastikan 'Tiada Yang Tercicir'," tambah baginda.
Mengenai kesihatan, Tuanku Muhriz mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan kerana menggadaikan diri dan berdepan risiko dalam melaksanakan tugas mereka.
"Saya menggesa pihak berkuasa berkenaan agar sentiasa mengkaji semula kebolehcapaian kumpulan terpinggir ke kemudahan penjagaan kesihatan," tambahnya.
Baginda bertitah sejak bertahun lamanya, kerajaan telah melakukan pelbagai perkara untuk meringankan kehidupan golongan terpinggir manakala CSO dan NGO menerusi inisiatif sendiri telah mengisi kekosongan untuk meningkatkan lagi kehidupan golongan ini.
Hari Hak Asasi Manusia disambut pada 10 Dis setiap tahun dengan tema tahun ini 'Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind' (Memperkukuh dan Mempertingkatkan Hak Asasi Manusia Tanpa Meminggirkan Sesiapapun).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menggesa kerajaan mengkaji semula dasar yang menyekat kanak-kanak pelarian atau tanpa kerakyatan untuk mendapat akses kepada pendidikan formal. - Kerajaan Negeri Sembilan
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay