awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung Sukan Petronas jadi pusat kuarantin COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
13/03/2020
09:00 MYT
Kampung Sukan Petronas jadi pusat kuarantin COVID-19
Kim Shin yang juga ADUN Senadin berkata, kesemua PUI COVID-19 akan dimasukkan ke pusat kuarantin itu secara berperingkat. Gambar BERNAMA.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah meluluskan Kampung Sukan Petronas di Miri sebagai pusat kuarantin bagi 15 pesakit di bawah pemerhatian (PUI) yang disahkan negatif saringan pertama COVID-19 di bandar raya itu.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, berkata kumpulan itu akan ditempatkan di pusat berkenaan selama 14 hari dan hanya dibenarkan pulang selepas ujian seterusnya mengesahkan mereka negatif virus terbabit.
Bagaimanapun, katanya pesakit yang keluar dari pusat kuarantin berkenaan perlu menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari dan menjalani ujian sekali lagi pada hari ke-13.
Jelasnya, pusat kuarantin itu dibuka kerana ada PUI COVID-19 di Miri berasal dari Semenanjung dan tidak mempunyai tempat tinggal selama menjalani tempoh kuarantin di Sarawak.
“Kita telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan bersungguh-sungguh bagi mengawal penularan COVID-19.
“Saya diberitahu oleh pihak hospital di sini, setakat ini Miri belum ada kes positif COVID-19. Apa pun, kita tetap memandang serius isu ini,” katanya pada sidang media di Miri pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, berkata semua PUI COVID-19 akan dihantar ke pusat kuarantin itu secara berperingkat dengan kumpulan pertama seramai lima orang dimasukkan pada Jumaat.
BACA: COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling
BACA: Seorang ahli tabligh dari Tawau disahkan positif COVID-19
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai agensi turut digerakkan bagi memudahkan proses di pusat kuarantin berkenaan termasuk polis, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pejabat residen dan daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Majlis Bandaraya Miri dan Telekom Malaysia.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Datuk Lee Kim Shin
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#Kampung Sukan Petronas
#koronavirus
#kuarantin
#Miri
#PUI
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan