BANTING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat sini pada Sabtu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, selepas menerima panggilan kecemasan, anggota petugas telah tiba di lokasi kejadian jam 11.59 pagi.
Katanya, ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian, kanak-kanak tersebut telah dikeluarkan dari kolam oleh orang ramai dan sedang diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dibawa menaiki ambulans.
Jelasnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya.
"Mangsa dipercayai lemas ketika mandi di dalam kolam sebuah taman tema bersama ahli keluarga.
"Anggaran kedalaman kolam tersebut adalah dua meter," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, semasa pihak bomba menguruskan mangsa, kanak-kanak itu masih tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan telah meninggal dunia di hospital. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 10 2023
Mangsa dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di hospital. - Foto Sinar Harian
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
UNRWA lapor 450,000 penduduk Rafah tinggalkan kediaman susulan serangan bom berterusan Israel
"Tiada tempat yang selamat. Gencatan senjata segera adalah satu-satunya harapan."
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Kanak-kanak lelaki lima tahun ditemukan lemas di Rompin
Mayat Rizq Ramadhina Jamaluddinn dijumpai pada 5.30 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Kanak-kanak lima tahun dikhuatiri lemas jatuh sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai di kawasan perumahan dilanda banjir di Simpang Sepayang, Kuala Rompin di sini pada Isnin.
Kanak-kanak jatuh longkang ditemukan lemas
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.
Kanak-kanak lapan tahun lemas di Pantai Taping
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai selepas bermain di Pantai Taping, Kemasek, petang tadi.
Tragedi Sungai Pagalan: Kakak ditemukan lemas, adik masih hilang
Mangsa Azila Jabar, 12, ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dan adiknya Arlina, 9, dilaporkan hilang pada Isnin.
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
Lemas: 'Fariz beria-ia nak pergi berkelah di laut - Bapa
Perkelahan di pantai menjadi kenangan terakhir buat keluarga seorang kanak-kanak, Mohammad Fariz Irfan Abdul Halim, 10, yang lemas di pantai Teluk Senangin di sini.