Kanak-kanak perempuan yang dikurung dan tidak diberi makan di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan beransur pulih dan sihat selepas menerima rawatan di hospital.
Berdasarkan pemeriksaan doktor, kanak-kanak terbabit sebelum ini berada dalam keadaan amat lemah dan kurang nutrisi.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pihak hospital akan memberi rawatan sewajarnya kepada kanak-kanak itu terutama dalam memastikan tahap nutrisinya kembali seimbang.
Pada Khamis, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun diselamatkan polis dan ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
Murid tahun satu itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masayrakat Negeri, Dr Zaitol Salleh, berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan trauma berikutan dikurung dan didera.
Astro Awani
Sun Jan 18 2015
DR HILMI: Pihak hospital akan memberi rawatan sewajarnya kepada kanak-kanak itu.
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Dikurung dan dipaksa lakukan seks, tiga suspek termasuk dua wanita asing ditahan
Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita warga Tanzania selepas dipercayai memperdagangkan rakan senegara mereka untuk tujuan eksploitasi seks.
Pelajar perempuan 12 tahun diraba selepas dikurung tiga lelaki
Seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun berdepan detik cemas selepas dikurung dan diraba oleh dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujuh.
Murid 11 tahun dikurung lima hari, dirogol lapan lelaki
Seorang murid sekolah rendah bukan sahaja dikurung selama lima hari, malah turut dirogol lelaki dikenalinya.
Budak jadi hamba seks bomoh durjana selama 15 tahun
Kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun mendapatkan rawatan di rumah bomoh berusia 68 tahun itu pada tahun 2003.
Adik ditahan reman kerana kurung kakak OKU bersama najis
Seorang wanita ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita kelainan upaya (OKU) yang ditinggalkan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, di sini.
Tiga tahun dikurung, dipukul dan dipaksa kerja tanpa gaji
Sebelas warga Indonesia di Bintulu menangis kegembiraan selepas polis memecah masuk sebuah rumah dan membebaskan mereka daripada dikurung dan dipukul.
Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak
Seorang ibu melaporkan kepada polis di sini hari ini bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.
Polis pohon lanjutan reman suspek kes kurung kanak-kanak perempuan
Polis akan memohon kepada mahkamah untuk menyambung tempoh reman terhadap seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak yang ditemui kelaparan kini beransur pulih
Kanak-kanak perempuan yang dikurung dan tidak diberi makan di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan beransur pulih dan sihat.
Wanita dakwa dikurung majikan bertindak terjun bangunan tiga tingkat
Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya dikurung majikan, bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Beserah, Kuantan.