awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2025
03:30 MYT
Kanak-kanak dipukul hingga terkena bucu kerusi telah dapatkan rawatan - Nancy
NANCY: Kanak-kanak perempuan telah dibawa oleh Pelindung ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, didoakan semoga semuanya dipermudahkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perempuan yang dipukul seorang wanita sehingga terkena bucu kerusi dan mengalami pendarahan di kening, telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Perkara itu disahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menerusi ciapan di laman sosial X, hari ini.
Beliau turut mengesahkan bahawa suspek wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis.
"Pelindung Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) PDRM untuk mengambil tindakan segera dan suspek dalam video ini telah pun ditahan oleh pihak polis.
"Kanak-kanak perempuan telah dibawa oleh Pelindung ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan bagi kanak-kanak perempuan ini," kata Nancy.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan satu rakaman televisyen litar tertutup yang tular memaparkan seorang wanita yang sedang mendukung seorang anak kecil memukul seorang kanak-kanak sehingga dia terjatuh dan kepala terhantuk pada bucu kerusi dan berdarah.
Kanak-kanak perempuan telah dibawa oleh Pelindung ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan bagi kanak-kanak perempuan ini.
— Nancy Shukri (@NancyShukri) February 11, 2025
Pelindung Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menghubungi pihak D11 PDRM semalam untuk mengambil tindakan segera dan suspek dalam video ini telah pun ditahan oleh pihak polis. https://t.co/paaadpuxA5
— Nancy Shukri (@NancyShukri) February 11, 2025
Topic Berkaitan
#pukul anak
#Nancy Shukri
#wanita pukul anak
#terhantuk bucu bangku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan