awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
19/06/2015
23:44 MYT
Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.
Ia kemudiannya selamat berlabuh di Pelabuhan Kuantan, jam 7.50 pagi selepas ketibaan tertangguh akibat mengalami kerosakan enjin dan laut bergelora.
Turut bersama, kesemua 21 kru yang berjaya diselamatkan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat, 19 Jun 2015.
Anak kapal terbabit terdiri daripada 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.
Kapal MT Orkim Harmony memasuki perairan dekat pelabuhan Kuantan kira-kira 7 pagi tadi. @501Awani pic.twitter.com/bmTfEq7RpI
— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 19, 2015
MT Orkim Harmony berlabuh dekat demaga petronas di pelabuhan Kuantan. @501Awani pic.twitter.com/RztUxKjuGB
— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
Pasukan keselamatan sedang membuat persiapan sebelum anak-anak kapal dibenarkan keluar @501Awani pic.twitter.com/pDDwYSmCt5
— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
Salah seorang kru bagaimanapun mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun lalu.
BACA: Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia sedang disoal siasat - APMM
BACA: Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti
BACA: Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
BACA: Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony
Lapan lelaki warga Indonesia yang dipercayai perampas kapal itu telah ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu, selatan Vietnam semasa cuba meloloskan diri daripada pemburuan pada 6.30 pagi semalam.
Pihak TLDM dan APMM ketika ini masih lagi menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Vietnam sama ada lapan lelaki yang ditemui berhampiran perairan Vietnam pagi ini adalah perampas kapal tangki Malaysia.
Topic Berkaitan
#Abdul Aziz Jaafar
#Indonesia
#Orkim Harmony
#rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan