Keupayaan pusat tahanan menampung pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan tidak perlu dipersoal kerana kapasitinya boleh mencapai 50,000 orang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, beliau berkata Ops 6P di bawah Program Khas Pengurusan PATI (PKPP) perlu diteruskan meskipun pada musim perayaan.
"Kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak kedutaan dan syarikat untuk menghantar PATI itu pulang.
"Maksimum hanya tujuh hari untuk PATI berkenaan ditahan di semua tempat tahanan. Oleh itu, tidak timbul soal ketidakcukupan tempat yang diwarta sebagai tempat tahanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat sumber di bawah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di Bagan Datoh, Sabtu.
Ahmad Zahid menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi atau memberi ruang kepada mana-mana pihak yang ingin melanjutkan PKPP kerana telahpun memberi masa secukupnya kepada majikan untuk mendokumentasi pekerja asing mereka mengikut prosedur yang betul.
Mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) lebih telus dalam menahan PATI, beliau berkata pihaknya mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap.
"Saya sendiri turun ke bawah bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah RELA dan juga ketua penguatkuasa lain.
"Apa yang dilakukan ialah pekerja asing ini dikumpul ke satu tempat dan ditanya sesiapa yang mempunyai dokumen akan ke satu barisan, dan mereka akan diperiksa terlebih dahulu.
"Pemeriksaan itu tidak mengambil masa lebih satu jam untuk semua sekali, dan mereka yang tidak mempunyai dokumen diasingkan ke tempat lain, tetapi mereka yang mendakwa dokumen ada pada majikan, kita panggil majikan," katanya.
Beliau berkata mana-mana PATI atau majikan yang mendakwa ditipu agensi pekerja asing, boleh mengemukakan bukti bahawa bayaran telahpun dibuat dan rayuan boleh dikemuka kepada bahagian pekerja asing di KDN bagi membolehkan dokumen berkaitan dikeluarkan kepada mereka.
Bernama
Sun Jan 26 2014
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.