KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang membaik pulih paip uzur sepanjang lebih 400 kilometer (km) di seluruh Kelantan dengan peruntukan berjumlah RM218 juta, kata Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
"Jumlah keseluruhan penggantian paip uzur AC di Kelantan dianggarkan sepanjang 4,491 km yang mana penggunaannya boleh menjangkau 35 hingga 40 tahun, jadi paip air di Kelantan telah mencecah lebih 40 tahun.
Oleh itu, kita ketika ini sedang menggantikan paip uzur di beberapa kawasan bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada rakyat Kelantan," katanya pada sidang media harian Perikatan Nasional, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata terdapat empat Loji Rawatan Air (LRA) yang dibina di Kelantan telah mula beroperasi dengan kapasiti sebanyak 44 juta liter sehari.
"Antara Pembinaan LRA yang mula beroperasi adalah Kampung Teluk, Kota Bharu berkapasiti 30 juta liter sehari, LRA Mini Telok Mesira, Bachok berkapasiti dua juta liter sehari.
Apabila semua LRA baharu beroperasi dengan kapasiti penuh, kadar liputan bekalan air di Kelantan dijangka dapat ditingkatkan daripada 73.1 peratus kepada lebih 80 peratus," katanya.
Beliau berkata KASA turut akan membina empat lagi LRA baharu di Kelantan yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 dengan peruntukan sebanyak RM664.8 juta.
Empat LRA baharu tersebut adalah Chicha Fasa 2, Tanjung Mas, Bukit Chupak dan Tok Bali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 12 2022
Tuan Ibrahim berkata daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat. - Gambar fail/BERNAMA
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.
Banjir Baling: KASA tidak tolak kemungkinan berpunca daripada kolam takungan pecah
Keadaan itu diperkukuhkan lagi dengan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.