KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menangguhkan semua proses rundingan bersama kontraktor atau perunding berkaitan projek naik taraf Loji Bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas.
Kementerian itu memaklumkan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan sementara atau caretaker, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
"KASA sangat berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan dalam tempoh kerajaan sementara ini. Justeru, kenyataan yang tular ini adalah tidak berbangkit sama sekali kerana tiada sebarang ikatan kontrak telah dijalin antara kerajaan dengan syarikat dalam tempoh ini," menurut KASA dalam satu kenyataan, hari ini.
Kementerian itu mengulas dakwaan pihak tertentu mengenai pemberian kontrak bernilai RM285 juta kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd selepas 17 hari Parlimen dibubarkan.
Menurut KASA, projek naik taraf Loji Bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan telah diluluskan pada November 2021 di bawah Rolling Plan 1 (RP1) 2021 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Proses perolehan projek ini telah bermula sejak 6 Okt 2021 sedangkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt 2022," menurut kenyataan itu.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai tohmahan tidak berasas, KASA menegaskan perkara itu perlu dibuktikan kebenaran melalui siasatan pihak berkuasa.
Menurut KASA, Surat Pekeliling Kementerian Kewangan bertarikh 18 Okt, berkaitan pelaksanaan perolehan kerajaan selaras peranan dan fungsi kerajaan sementara serta garis panduan peranan dan fungsi kerajaan sementara antara lain menetapkan apa-apa komitmen kontraktual atau aku janji hendaklah dielakkan.
Ia turut menetapkan apa-apa rundingan atau aku janji baharu yang boleh mengikat dan membebankan serta memberi implikasi kewangan kepada kerajaan baharu hendaklah dielakkan.
Mengenai dakwaan kononnya terdapat surat kelulusan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, KASA menegaskan perkara itu perlu disiasat pihak berkuasa dari segi ketepatan fakta, bukannya dengan cara mendedahkan kepada rakyat secara umum dengan niat mewujudkan persepsi tidak baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menangguhkan semua proses rundingan bersama kontraktor atau perunding berkaitan projek naik taraf Loji Bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Okt lepas.
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.
Banjir Baling: KASA tidak tolak kemungkinan berpunca daripada kolam takungan pecah
Keadaan itu diperkukuhkan lagi dengan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.