Kastam Sabah berjaya merampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta, yang terbesar seumpamanya di Sabah sejak lima tahun lalu, dalam serbuan serentak di dua rumah di Kampung Keramat, Semporna semalam.
Timbalan Pengarah Kastam, Sabah Hamzah Sundang berkata dalam serbuan pukul 2.30 pagi bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu mereka turut menahan dua lelaki warga asing dipercayai pemilik rokok terbabit.
"Suspek berusia 55 dan 39 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) dan (e) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Rampasan membabitkan 182,180 bungkus rokok pelbagai jenama, katanya.
Menurut Hamzah operasi integrasi antara Kastam Diraja Malaysia dan APMM itu merupakan yang pertama sebagai menyahut gesaan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa agar usaha membanteras penyeludupan dilaksana menerusi strategi Lautan Biru.
Bernama
Fri Feb 01 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kastam Sabah rampas lebih 20 kilogram dadah di gudang kargo
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas 20.29 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM649,440 di gudang MASKargo di sini pada 30 Ogos lepas.
Kastam Sabah rampas lebih 100 kilogram syabu bernilai RM3.36 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, pada Rabu lepas.
Kastam Sabah rampas minuman keras, beras seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM Sabah rampas tiga kontena berisi minuman keras dan beras disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara dengan nilai lebih RM500,000.
Kastam Sabah rampas minuman keras, rokok seludup bernilai RM8.88 juta
Kastam Sabah merampas tiga kontena berisi rokok serta minuman keras bernilai RM8.88 juta termasuk duti dan cukai Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.
Rumah kampung jadi stor simpan minuman keras tidak bercukai diserbu Kastam Sabah
Dalam serbuah jam 8 malam itu, Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Cheong Yu Min berkata, pelbagai jenis minuman keras dirampas dengan nilai RM618,299.
Kastam Sabah rampas minuman keras tidak bercukai bernilai lebih RM1 juta
Kastam Sabah menahan empat buah kontena berisi minuman keras yang disyaki cuba diseludup masuk ke negeri itu melalui di Pelabuhan Sepanggar.
Kastam patahkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM1 juta di Lahad Datu
Kastam Sabah berjaya mematahkan cubaan seludup masuk rokok yang dipercayai lari dari cukai berjumlah RM1,625,728 di Jalan Silam, di sini, 28 April lalu.
Kastam Sabah rampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta
Kastam Sabah berjaya merampas rokok pelbagai jenama bernilai RM1.7 juta, yang terbesar seumpamanya di Sabah sejak lima tahun lalu.