KUANTAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak pernah melindungi sebarang salah laku melibatkan atlet, jurulatih, pegawai atau kakitangannya, terutamanya dalam isu melibatkan keselamatan dan maruah atlet.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ti Lian Ker berkata mangsa kejadian seperti itu, tidak kira wanita atau lelaki adalah diseru untuk membuat aduan, dengan jaminan akan diberikan perlindungan sewajarnya.
"Malah, kita juga telah menubuhkan Jawatankuasa Salah Laku dan Gangguan Dalam Sukan pada tahun 2020, untuk memastikan pengurusan aduan sukan prestasi tinggi negara dikendalikan dengan cekap, teratur dan berkesan.
"Selain itu, terdapat juga talian telefon aduan 24 jam dan peti aduan di lokasi strategik termasuk di tempat penginapan, untuk mangsa membuat aduan kerana keselamatan, terutamanya atlet sepanjang menjalani latihan adalah keutamaan," katanya.
Ti berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Sembang Santai Bersama Majlis Belia dan Sukan Pahang di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof.
Beliau berkata setiap aduan juga diambil perhatian dan tindakan serius bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang, selain adalah kewajipan KBS untuk mewujudkan persekitaran selamat untuk semua pihak.
Mengulas mengenai kejadian yang didedahkan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong menerusi ciapan di akaun Twitter semalam, Ti berkata jurulatih tersebut telah ditamatkan perkhidmatan dengan serta merta manakala ketua jurulatih yang didakwa melindungi kejadian itu tidak disambung kontrak.
Semalam, Pandelela mendakwa bekas jurulatihnya gemar membuat lawak lucah sebelum individu itu berdepan isu rogol melibatkan seorang penerjun negara beberapa tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
Jurulatih dan ketua jurulatih yang dikaitkan dengan pendedahan Pandelela di Twitter semalam, masing-masing sudah ditamatkan perkhidmatan dan tidak disambung kontrak. - Gambar fail/ Bernama
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Proaktif perkasa Muay Thai
Sudah tiba masanya sukan Muay Thai diperkasa bagi melahirkan lebih ramai jaguh berkualiti untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.
MyMHI'23 ukur tahap kesihatan mental belia - KBS
Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI'23) dilancarkan hari ini bagi mengukur tahap kesihatan mental belia berumur antara 15 hingga 30 tahun.
Hari Belia Negara di Melaka bakal tampil 10 segmen gaya hidup rakan muda
Bertempat di Dataran Pahlawan, acara itu meliputi segmen litar, aktif, bumi, demokrasi, digital, ekspresi, muzik, mahir, niaga dan prihatin.
KBS pastikan pemantauan terhadap persatuan sukan kebangsaan diperkasa
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan pemantauan terhadap Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) terus diperkasa, kata menterinya Hannah Yeoh.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
200 pelajar IKTBN disasar sertai kursus EV menjelang 2025
Langkah ini sejajar hasrat kerajaan yang ingin menarik pelaburan mencecah ke paras RM40 bilion.
Akademi Kenegaraan koordinasi, tumpu bina negara bangsa
Akademi Kenegaraan yang dahulunya dikenali sebagai i-LEAD dipindahkan di bawah JPM sejak 1 Jan lepas bertujuan memusatkan modul latihan kenegaraan serta kepimpinan di bawah satu agensi.
Malaysia tolak tawaran jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
KBS mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
Sukan Komanwel: KBS jamin semua aspek dibincang terperinci dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat ini
"Kita memang mengambil perspektif daripada semua pihak yang telah menghubungi, yang telah menulis dalam media sosial, dan telah baca semuanya."