KUALA LUMPUR:Jaringan Renan Alves membantu Kedah melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak malam ini sekali gus muncul naib juara Liga Super dan mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021.
Ia merupakan kejayaan membanggakan selepas Kedah bangkit merekodkan lima kemenangan dalam enam aksi terdahulu untuk mencipta kejutan muncul naib juara setelah berada di kedudukan ketujuh liga ketika saingan ditangguhkan Mac lepas susulan penularan pandemik COVID-19.
Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, malam ini, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-28 sebelum Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam meletakkan Kedah selesa mendahului 2-0 tiga minit kemudian.
Bagaimanapun, Perak berjaya bangkit meledak dua gol pada penghujung babak pertama selepas Leandro Dos Santos tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 sebelum menanduk masuk jaringan penyamaan pada masa kecederaan.
Gol kemenangan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak hadir pada separuh masa kedua menerusi tandukan Alves yang bijak mencari ruang untuk memanfaatkan sepakan penjuru Baddrol Bakhtiar sekali gus memastikan tiket Asia milik Kedah.
Kekalahan Perak di laman sendiri itu menyaksikan kedudukan tempat ketiga skuad The Bos Gaurus berjaya dipintas Terengganu FC (TFC) yang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kejayaan tipis menundukkan Pahang 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.
Pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim meletakkan Pahang di hadapan menerusi rembatan cantik dari luar kawasan kotak penalti pada minit ke-12, namun empat minit berselang TFC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Dominique Da Sylva.
Kapten pasukan, Lee Tuck muncul wira skuad Penyu apabila mudah menolak masuk hantaran lintang rakan sepasukan pada minit ke-82 sekali gus menyaksikan TFC menutup tirai musim ini dengan enam kemenangan daripada keseluruhan 11 aksi dengan mengumpul 19 mata.
Dalam pada itu, aksi tertunda Sabah menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang belum dimuktamadkan akan menjadi aksi penutup saingan Liga Super musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Kedah dahulu membuka jaringan menerusi Kpah Sherman pada minit ke-28 sebelum Mohd Fadzrul Danel Mohd Niza menambah jaringan. -Bernama
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Kedah atasi Perak di Ipoh, sahkan tiket ke Piala AFC 2021
Jaringan Renan Alves membantu Kedah melakar kemenangan tipis 3-2 ke atas Perak malam ini sekali gus muncul naib juara Liga Super dan mengesahkan slot ke saingan Piala Konfederasi AFC.