Ketua UMNO Bahagian Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai seorang yang berjiwa besar kerana membuat keputusan untuk kekal di dalam parti.
Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim, beliau sudah menjangkakan pendirian bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
"Keputusan itu melambangkan beliau berjiwa besar kerana yang paling penting ialah UMNO harus dilihat sebagai parti yang menunjangi kerajaan dan Barisan Nasional," katanya kepada Astro AWANI semasa ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Katanya lagi, ini sekali gus memberi reaksi yang baik terutama kalangan anak muda terhadap kredibiliti parti keramat orang Melayu itu.
"Cuma apa yang saya ingin nyatakan, dalam UMNO, kita mempunyai perlembagaan, kita mempunyai etika, dan seksyen yang mana ia menjadi disiplin bagi setiap ahli baik pemimpin atau peringkat bawahan," jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.
Menurut Irmohizam, sepanjang menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau mengakui tidak pernah mendengar Muhyiddin menyatakan hasrat untuk keluar parti kerana mahu melihat UMNO kuat dalam menghadapi pilihan raya umum.
Namun, katanya, ia tidak bermakna Muhyiddin boleh menggunakan platform berkenaan untuk terus mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap UMNO.
"Saya harap beliau tidak guna platform itu untuk mengeruhkan masyarakat sebab kita ada disiplin, etika dan saya amat berharap ia menjadi satu elemen kepada generasi muda dalam UMNO," tegas Irmohizam.
Beliau bagaimanapun menafikan kenyataan Muhyiddin bahawa Majlis Tertinggi UMNO tidak memperhalusi keputusan penggantungan yang dibuat ke atasnya.
"Kita melihat semua peringkat, seksyen dan sebagainya. Majlis Tertinggi mengambil keputusan bahawa beliau digantung jawatan timbalan presiden, bukan ahli parti atau ketua UMNO bahagian kerana dalam sebuah organisasi, tugas timbalan presiden adalah membantu presiden," katanya.
Jelasnya, penggantungan ke atas Muhyiddin dilakukan mengikut proses perundangan sehingga Lembaga Disiplin turut menyerahkan isu berkenaan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk membuat keputusan.
"Proses perundangan telah dilaksanakan dengan memenuhi aspirasi undang-undang dalam UMNO mengikut fasa dalam parti," ujarnya lagi.
Mengulas pendirian Muhyiddin untuk membawa isu penggantungannya ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, ini jawapan beliau: "Sebagai warga Malaysia, mana-mana pihak boleh memberi bentuk pernyataan dan pandangan sekiranya mahu mendapatkan penjelasan."
BACA: Muhyiddin rujuk RoS isu penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO
TONTON: ROS harus jelaskan jika penggantungan saya sah - Muhyiddin Yassin
Rahimah Abdullah
Thu Mar 03 2016
Muhyiddin (gambar) disifatkan sebagai seorang yang berjiwa besar kerana membuat keputusan untuk kekal di dalam parti. -Gambar fail
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Pemilu 2024: Hari bersejarah buat WTCKL - Irmohizam
Pemilihan WTCKL sebagai lokasi undi awal bagi Pemilu dan Pilpres Indonesia disifatkan sebagai hari paling bersejarah sejak penubuhannya.
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Irmohizam dilantik Pro-Canselor UGM
Irmohizam merupakan Pro-Canselor 1 termuda yang pernah dilantik oleh UGM.
WTCKL jalin kerjasama dengan WTC Xiamen - Irmohizam
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pusat Dagangan Dunia Xiamen hari ini.
Irmohizam terima pengiktirafan BrandLeadership Award
Beliau diiktiraf atas usaha memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Irmohizam rangkul dua anugerah pengiktirafan industri MACEOS
Beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama menganjurkan acara antarabangsa yang lebih menarik di Malaysia.
WTCKL pusat konvensyen dunia pertama guna teknologi hijau
Bangunan itu kini dipasang dengan sistem panel solar di atas bumbungnya berkapasiti 501 kilowatt peak.
Pameran Affordable Art di WTCKL, pamer lebih 300 karya pelukis tempatan
Orang ramai dijemput memeriahkan pameran Affordable Art Exhibition yang sedang berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Malaysia berupaya jadi 'gergasi' industri MICE dunia - Irmohizam
Lebih banyak organisasi antarabangsa boleh dilibatkan dalam menjadikan Malaysia sebagai hab mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) lebih selamat.
Malaysia boleh jadi contoh keamanan sosial buat dunia - Irmohizam
Malaysia berpotensi menjadi negara contoh dalam soal keamanan sosial buat dunia. Demikian jelas Profesor Anjung Fakulti Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Seri Dr Irmohizam