KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sentiasa memantau pergerakan pusat tahfiz yang beroperasi di seluruh negeri ini walaupun masih belum menerima sebarang aduan berkaitan ajaran sesat.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pemantauan itu dilakukan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana setiap pusat pengajian terbabit berdaftar dengan institusi berkenaan.
"Buat masa ini kajian berkait dengan perkara berkenaan (ajaran sesat) dibuat pihak Maik," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa merasmikan Majlis Perasmian New Year Special Event 3.0 di Stadium Sultan Muhammad ke IV, di sini pada Jumaat.
Menurutnya, setiap maklumat diperoleh MAIK akan diguna pakai oleh kerajaan negeri dalam mengambil sebarang tindakan berhubung perkara tersebut.
Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai pelajar pondok bakal hilang tempat tinggal di Bachok yang dilaporkan media pada Selasa, Ahmad berkata, pihaknya menzahirkan rasa simpati dengan apa yang berlaku.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh daripada pihak MAIK mengenai perkara tersebut.
"MAIK sedang buat kajian kerana dikatakan ada sesuatu pendekatan yang bercanggah dengan peraturan dibuat.
"Saya dimaklumkan, mereka (pelajar) telah dikeluarkan dari pusat pengajian berkenaan," katanya.
Sinar Harian 18 Januari lalu melaporkan, seramai 55 pelajar Pondok Darul Syahadah di Gunong, Bachok berkemungkinan hilang tempat tinggal apabila tempoh kebenaran menggunakan tanah dan premis pusat pengajian agama itu tamat.
Pihak pengurusan pondok berkenaan menerima notis daripada pemilik tanah supaya mengosongkan premis itu selewat-lewatnya bulan depan.
Situasi itu menyebabkan 30 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan berusia antara lapan hingga 17 tahun hilang tempat tinggal serta tempat untuk mempelajari ilmu agama.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022
Ahmad berkata, setiap maklumat diperoleh MAIK akan diguna pakai oleh kerajaan negeri dalam mengambil sebarang tindakan berhubung perkara berkaitan ajaran sesat. - Gambar fail
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi
Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.