KEPUTUSAN memilih Islam sebagai pegangan menuntut pengorbanan dan merupakan satu perjuangan bagi golongan saudara baharu atau mualaf.
Kembalinya mereka kepada agama tauhid atas hidayah Allah SWT, pastinya disusuli cabaran dan dugaan sebagai ujian dalam menjalani kehidupan baharu.
Segala pahit dan manis yang dilalui beberapa saudara baharu selepas memeluk Islam, dikongsi bersama wartawan Sinar Harian, Nik Amirulmu'Min Nik Min menerusi ruangan Apa Khabar Rakyat.
Normah Bang, 60 yang memeluk Islam sejak 44 tahun lalu mengakui perjalanan penghijrahan setiap saudara baharu tidak sama namun cabaran dan dugaan yang dilalui mereka mungkin serupa.
Pengusaha sebuah syarikat pengangkutan kelahiran Sungai Lembing itu berkata, melalui kehidupan sebagai saudara baharu bukan perkara mudah.
Menurutnya, fasa mencabar berjaya dilepasinya dan bersyukur kerana kekal istiqamah sebagai Muslim hingga kini.
"Perkara sama mungkin dilalui golongan saudara baharu lain dan mungkin jauh lebih mencabar pada hari ini.
"Berdasarkan pengalaman berdepan mereka yang baru memeluk Islam, antara cabaran utama yang dihadapi ialah tentangan keluarga, saudara-mara dan masyarakat sekeliling," katanya.
Dia berkata, demi menjaga perasaan ahli keluarga, ada saudara baharu yang terpaksa merahsiakan status agama baharu dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai Muslim secara tersembunyi.
"Situasi ini meletakkan mereka dalam keadaan tersepit selain sukar untuk belajar, mendalami dan menghayati Islam dengan sempurna.
"Disebabkan 'rahsia' yang disimpan itu juga, mereka tercicir daripada senarai penerima bantuan dan segala kemudahan yang disediakan pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi agama serta badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Tambahnya, ada juga saudara baharu mengeluh kerana berdepan kesukaran untuk belajar Islam atas pelbagai faktor antaranya bahasa dan kelas agama yang 'tidak mesra'.
Normah bagaimanapun mengakui lebih beruntung kerana perjalanan hijrahnya tidak berdepan masalah ketika awal memeluk Islam.
"Walaupun keluarga tidak senang dengan keputusan itu namun mereka tidak menghalang," katanya.
Mekanik, Firdaus Goh Hon Wai, 37, pula berpandangan bahawa golongan saudara baharu ibarat bayi baru dilahirkan yang langsung tidak mengerti tentang Islam pada awalnya.
Sama seperti Normah, Firdaus yang memeluk Islam sejak hampir empat tahun lalu bersyukur kerana perjalanan sebagai seorang Muslim tidak sulit seperti yang dihadapi sesetengah saudara baharu.
"Keluarga memang terkejut dengan keputusan saya pada tahun 2020 itu namun mereka tidak menghalang, sebaliknya hubungan kami sekeluarga baik seperti biasa. Alhamdulillah.
"Cuma, saya menghadapi masalah untuk mendalami Islam terutama dalam mencari guru dan kelas pengajian agama yang sesuai.
"Tidak dinafikan banyak kelas-kelas agama di luar sana namun sebagai saudara baharu berketurunan Cina, saya agak sukar untuk faham proses mempelajari Islam dalam bahasa lain," kata pemuda kelahiran Negeri Sembilan itu.
Firdaus berkata, kaedah pengajaran yang baik dan berkesan bukan sahaja membantu memudahkan kefahaman malah menarik minat golongan itu untuk terus mendalami Islam.
"Bayangkan bertahun-tahun masuk kelas belajar agama namun tidak faham, sudah pasti timbul rasa bosan dan malas akhirnya berhenti belajar.
"Alhamdulillah, pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Pahang telah mengambil inisiatif menyediakan kelas bimbingan agama dan pengajian al-Quran melalui guru-guru sukarela dalam bahasa Cina bagi membantu kami mempelajari Islam dengan lebih baik," ujarnya.
Berbeza bagi Muhammad Hizwan Teh Abdullah, 32, apabila kisah hijrahnya penuh cabaran dan onak duri.
Dia yang berasal dari Muar, Johor berkata, keputusan yang dibuat pada 2016 tidak direstui keluarga terutama bapanya.
"Seperti dijangka, keputusan besar ini tidak disenangi dan ditentang keluarga.
"Saya seperti disisih keluarga sendiri dan pernah rasa tertekan dengan perjalanan hidup dilalui ketika itu.
"Syukur dengan sokongan kawan (kini bergelar isteri) saya berjaya melalui kesukaran itu dan terus istiqamah berpegang kepada ajaran Islam," kata pekerja e-hailing itu.
Ujarnya, golongan saudara baharu sepertinya mengharapkan sokongan, bantuan dan bimbingan orang-orang Islam di sekeliling.
"Ramai golongan saudara baharu hidup susah apabila ada yang disisih keluarga, hilang pekerjaan, tiada tempat bergantung dan hilang hak tuntutan harta keluarga.
"Sudahlah hilang keluarga, jika masyarakat Islam lain juga mengambil sikap tidak peduli, apa akan jadi dengan nasib mereka?
"Selain daripada masalah itu, masalah lain sama sahaja dengan masyarakat umum. Ada yang bernasib baik hidup senang tanpa sebarang masalah dan sebaliknya," katanya.
Di KUANTAN, kebajikan golongan saudara baharu di negara ini sentiasa diberikan perhatian oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, agensi agama dan badan bukan kerajaan (NGO) namun masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Pahang, Amalina Lily Khoo Abdullah berkata, usaha membela golongan itu perlu ditambah baik seiring perkembangan cabaran dan keperluan semasa.
Menurutnya, setiap program yang dirancang terutama kelas bimbingan agama perlu mengambil kira kesesuaian, tahap dan kaedah yang lebih mudah difahami agar memberi impak lebih besar buat saudara baharu.
Menurutnya, antara penambahbaikan yang dicadangkan adalah memantapkan kerjasama antara kerajaan, pihak berkuasa agama dengan NGO yang mewakili saudara baharu dari pelbagai kaum termasuk Cina, India dan sebagainya.
"Pada masa sama, NGO berkaitan yang ada juga sewajarnya bergabung dalam merancang dan melaksanakan program melibatkan saudara baharu supaya lebih memberi impak dan tidak berlaku pertindihan.
"Selain itu, peranan NGO juga perlu diperkasakan melalui peruntukan dana yang lebih besar untuk menjalankan aktiviti dakwah dan bimbingan saudara baharu," katanya.
Amalina berkata, penglibatan pendakwah atau guru agama untuk mengajar kelas-kelas agama menggunakan bahasa ibunda juga perlu ditambah kerana kaedah itu lebih mudah difahami terutama bagi mereka yang baru memeluk Islam," katanya.
Beliau juga mengharapkan agar kelas-kelas agama yang ada lebih 'mesra saudara baharu' agar golongan itu selesa untuk belajar tanpa rasa didiskriminasi.
"Pada masa sama, golongan itu perlu sentiasa disantuni bukan sahaja selepas memeluk Islam tetapi secara berpanjangan.
"Ini kerana, ada saudara baharu tidak menghadapi masalah pada awalnya namun dugaan timbul selepas beberapa tahun kemudian," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 13 2024
Saudara baharu dan mualaf mengikuti kelas pengajian agama dan al-Quran yang disediakan Macma Pahang bagi membantu golongan itu belajar dan mendalami Islam.
Selangor tetapkan capaian 5G di kawasan industri cecah 80 peratus tahun ini
Kerajaan negeri akan perkemas langkah meningkatkan capaian liputan rangkaian 5G di Selangor dengan tumpuan diberikan kepada kawasan industri.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong
Pesara rugi lebih RM100,000 terperdaya iklan jual kereta di Facebook
Lelaki itu tertarik dengan iklan jualan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero di Facebook yang kononnya dilelong pihak bank.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
Ahmad Zahid lawat China dari 22 Mei - 1 Jun
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun.
Bencana industri: Pulau Pinang lulus penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana
Kerajaan Pulau Pinang telah meluluskan penubuhan Pusat Logistik Kemanusiaan Bencana bagi bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bencana industri.
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.
Kelas agama 'tidak mesra' mualaf cabaran dalami Islam
Keputusan memilih Islam sebagai pegangan menuntut pengorbanan dan merupakan satu perjuangan bagi golongan saudara baharu atau mualaf.
Perdana Menteri hanya menyantuni permintaan saudara baharu - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata tindakan Perdana Menteri itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan dan mana-mana undang-undang di negara ini.
MAIWP sedia perluas program 'Jom Celik al-Quran'
Program yang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan itu mampu menjadi pencetus idea kepada majlis agama di negeri lain untuk menganjurkan program berbentuk dakwah dan al-Quran.
Berbeza agama bukan halangan sambut Tahun Baharu Cina
Berbeza agama bukanlah halangan buat seorang saudara baharu, Ben Ooi Chooi Beng, 38, untuk meneruskan tradisi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama ahli keluarga.
Mat Sabu kongsi video tentera wanita peluk Islam
Majlis pengislaman Nurul Umairah telah diadakan di Surau Al-Hidayah di Kementerian Pertahanan yang didahului dengan bacaan surah al-Fatihah dan tazkirah ringkas.
Bekas gengster kongsi kisah bertemu 'Adam' sebelum peluk Islam
Pertemuan singkat itu berlaku sekitar Julai tahun lepas, ketika dia berada dalam keadaan tidak tentu arah disebabkan pelbagai masalah.