awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluarga Prebet Suria akan ditempatkan di rumah transit Flat Sri Johor - Rina Harun

Bernama
Bernama
19/06/2021
21:22 MYT
Keluarga Prebet Suria akan ditempatkan di rumah transit Flat Sri Johor - Rina Harun
Rina berbual bersama keluarga Prebet Suria ketika membuat lawatan ihsan ke atas veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tinggal di bawah Jejantas Loke Yew 6, Kuala Lumpur, 19 Jun, 2021. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tujuh beranak yang tinggal di bawah jejantas Jalan Loke Yew 6 di sini, sejak dua tahun lepas seperti yang tular baru-baru ini, akan ditempatkan sementara di rumah transit di Flat Sri Johor Cheras, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Beliau berkata selain itu, empat daripada lima anak pesara tentera Prebet Suria Mohamad Hassan, 58, juga akan menerima Bantuan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mulai bulan hadapan.
Rina berkata Suria bersama isteri tinggal di bawah jejantas berkenaan bersama lima anaknya berusia dua hingga 14 tahun tanpa bekalan elektik dan hanya menggunakan dapur kayu api untuk memasak.
"Keadaan mereka daif dan telah tinggal di sini (bawah jejantas) sejak dua tahun lalu, maknanya sebelum COVID-19 lagi. Ini kadang-kadang kita terlepas pandang dan beliau perlu dibantu bukan sahaja keluarga tetapi lagi penting anak-anaknya yang masih sekolah dan perlukan tempat pendidikan, kita tidak mahu ada anak-anak tertinggal dalam mendapatkan pendidikan.
"Alhamdulillah, kerjasama daripada semua pihak dan saya difahamkan akan ambil masa seminggu untuk urusan (rumah) dengan DBKL, sekurang-kurangnya beliau tinggal dahulu di rumah transit ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ihsan ke atas veteran berkenaan di sini, semalam.
Rina berkata di pihak kementerian dan Yayasan Kebajikan Negara, Tabung Bantuan Segera dan bakul makanan juga telah disampaikan kepada keluarga Suria.
"Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Hal Ehwal Veteren (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut sama membantu.
"Keluarga ini belum pernah menerima bantuan JKM, cuma sebelum ini beliau ada terima bantuan daripada JHEV... tetapi beliau perlukan sokongan psikologi juga dan JKM akan bantu untuk beri khidmat psikologi.
Terdahulu semalam, JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran ) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ) menerusi kenyataan memaklumkan akan memantau nasib pesara tentera itu dan keluarga sehingga mereka mendapat kediaman.
Katanya, keluarga itu telahpun disantuni oleh JHEV ATM dan Baitulmal Wilayah Persekutuan minggu lepas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#jkm
#COVID-19
#Baitulmal
#pesara
#tentera
#jejantas
#JHEV ATM
#Flat Sri Johor Cheras
#rumah transit
#Jalan Loke Yew 6
#Rina Mohd Harun
#Prebet Suria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan