Skip to main content

Malaysia

Kematian pelajar tingkatan dua: Reman suspek kedua disambung hingga 9 Okt

Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia. -Foto Sinar Harian
Muhammad Idlan Fareeq Shahril ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Seremban dan kemudian disahkan meninggal dunia. -Foto Sinar Harian

Advertisement

Ringkasan AI

  • Tempoh reman suspek kedua berusia 16 tahun dalam kes kematian pelajar di Kuala Pilah disambung hingga 9 Oktober.
  • Reman suspek pertama, juga berusia 16 tahun, dilanjutkan hingga Khamis ini sementara siasatan masih diteruskan.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setakat ini tiada penemuan baharu dilaporkan.

SEREMBAN: Tempoh reman suspek kedua yang berusia 16 tahun dalam siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 Sept disambung hingga 9 Okt.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintenden Mustafah Hussin berkata reman terhadap suspek pertama yang juga berusia 16 tahun pula hingga Khamis ini.

“Setakat ini siasatan masih diteruskan. Tiada penemuan baharu dan kita masih menunggu laporan keputusan makmal,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.

Pada 25 Sept, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia.

Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA

 

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perkembangan terkini mengenai tempoh reman suspek dalam kes kematian pelajar di Kuala Pilah? 
    A: Tempoh reman suspek kedua berusia 16 tahun disambung hingga 9 Oktober, manakala reman suspek pertama juga berusia 16 tahun dilanjutkan hingga Khamis ini.
  • Q: Apakah status siasatan kes kematian pelajar lelaki tingkatan dua tersebut? 
    A: Siasatan masih diteruskan, tiada penemuan baharu setakat ini dan pihak polis masih menunggu laporan keputusan makmal.
  • Q: Berapakah jumlah keterangan yang telah direkodkan oleh pihak polis dalam kes ini? 
    A: Sebanyak 69 keterangan telah direkodkan oleh pihak polis setakat ini.
  • Q: Apakah maklumat mengenai mangsa dalam kes ini? 
    A: Mangsa merupakan pelajar lelaki berusia 14 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama pada 25 September sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.
  • Q: Di bawah seksyen mana siasatan kes ini dijalankan? 
    A: Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Must Watch Video

Advertisement