BENTONG: Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata rakyat dan pengundi mungkin terkeliru dengan kerjasama gabungan politik itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada peringkat awal penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) namun sudah mula melihat keberkesanan kerjasama itu.
"Dalam jangka panjang, saya sentiasa yakin pengundi akan lihat fakta dan politik khidmat yang kita tawarkan, apa yang kita boleh berikan kepada mereka dan mereka kini menikmati sentuhan itu, sebab itu hari ini mereka pilih BN lagi untuk terus bawa pembangunan kepada mereka.
"Penerimaan ini juga dapat dilihat dengan jelas terutama di dua PDM (Pusat Daerah Mengundi) PRK Pelangai yang terdiri daripada majoriti bukan Melayu tetapi mereka beri undi kepada BN, itu juga boleh dikatakan golongan ini menerima baik kerjasama BN-PH dalam Kerajaan Perpaduan," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
PRK Pelangai menyaksikan calon BN Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni yang hanya meraih 47 undi.
KEPUTUSAN RASMI PRK PELANGAI DI SINI
Menteri Besar Pahang itu berkata kemenangan BN di Pelangai juga menunjukkan pengundi di kawasan tersebut menolak naratif kempen PN yang berkisar kepada fitnah serta sentimen 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sekali gus tidak berlaku 'gelombang hijau' di negeri tersebut.
Wan Rosdy, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata momentum kemenangan di Pelangai akan dipertingkat sebagai persediaan menghadapi PRK Parlimen Kemaman selepas Pas tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu yang membatalkan kemenangan calonnya Che Alias Hamid pada PRU15.
"Kita akan tingkatkan momentum, kita telah berusaha sehabis baik di Pelangai ini (biarpun) ada penurunan sedikit (majoriti), ini PRK, biasalah namun kita tetap akan lihat mengapa terjadi begitu dan akan baiki," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi PH, Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin tertinggi dan seluruh jentera parti atas sokongan serta kerja keras dalam memenangkan gabungan politik itu di Pelangai.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Wan Rosdy berkata, rakyat dan pengundi mungkin terkeliru dengan kerjasama gabungan politik itu dengan PH pada peringkat awal penubuhan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 namun sudah mula melihat keberkesanan kerjasama itu. - Gambar fail
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.
PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik
Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.
PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.
Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan
Beliau berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan BN di PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini.
PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar
Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.
PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.
PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.
'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.
PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.