awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Kesihatan tingkat pemantauan produk kurma

Bernama
Bernama
27/05/2017
23:38 MYT
Kementerian Kesihatan tingkat pemantauan produk kurma
Pengguna disaran membaca label serta mengamalkan 'lihat, hidu dan rasa' sebelum menikmati makanan. -Gambar fail
Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan susulan tular di media sosial buah berkenaan tercemar dengan lipas dan kumbang.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Sabtu berkata pengguna disaran membaca label serta mengamalkan 'lihat, hidu dan rasa' sebelum menikmati makanan bagi mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar.
"Kementerian ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli bersih dan selamat," katanya.
Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
"Pengguna juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhg jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersih
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#kurma
#media sosial
#Noor Hisham Abdullah
#pencemaran
#produk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan