PUTRAJAYA: Kempen 'NowyouSEEme 2.0' lahir daripada sinergi kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Hibiscus Petroleum Berhad membuka peluang kepada pelajar sekolah untuk mengenali dan memahami penyakit talasemia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kempen selama lima bulan yang diadakan sempena sambutan Hari Talasemia Sedunia 2022 itu telah disertai oleh 70 buah sekolah di seluruh negara.
"Capaian aktiviti di media sosial juga amat memberangsangkan dengan 20,000 jangkauan di Instagram dan 60,000 jangkauan di Facebook telah direkodkan. Selain itu, sebanyak 20,000 jumlah tontonan video di YouTube dan 40,000 tontonan video di TikTok telah tercapai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Majlis Penganugerahan dan Penutup Kempen 'NowyouSEEme 2.0' telah diadakan secara dalam talian dengan disempurnakan oleh Dr Noor Hisham dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.
Bagi memperkukuhkan kempen kesedaran penyakit talasemia, Dr Noor Hisham menyeru agar rakyat turut memperingkatkan kesedaran dan menjalankan ujian saringan genetik untuk mengenal pasti pembawa gen talasemia kerana penyakit berkenaan boleh membawa kepada komplikasi kematian disebabkan kesan anemia serius.
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah iaitu pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi.
Oleh itu, pesakit talasemia perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak satu hingga dua kali sebulan sepanjang hayat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 08 2022
Dr Noor Hisham berkata kempen selama lima bulan yang diadakan sempena sambutan Hari Talasemia Sedunia 2022 itu telah disertai oleh 70 buah sekolah di seluruh negara. - Gambar/ BERNAMA
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.