Keputusan sama ada Rang Undang-Undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, bergantung kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim menjelaskan pada persidangan kali ini banyak rang undang-undang yang perlu didahulukan.
"Bergantung kepada (keputusan) Speaker sama ada rang undang-undang persendirian ini akan dipertimbangkan untuk dibahaskan atau tidak.
"Apa yang paling penting ialah kami mempunyai banyak rang undang-undang kerajaan yang lain yang kami kena dahulukan seperti isu dadah dan jenayah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata proses notis usul rang undang-undang persendirian mengambil masa 14 hari selepas tarikh diterima sebelum Speaker membuat keputusan untuk menerima atau menolak usul tersebut.
"Notis usul persendirian adalah 14 hari dari tarikh diterima termasuk Sabtu dan Ahad, kecuali usul penting seperti usul kerajaan mungkin lebih cepat iaitu dua atau tiga hari.
"Ia juga tertakluk pada keadaan di mana perlu mengambil kira usul yang diterima oleh dewan, jika ada banyak usul kerajaan ia harus didahulukan," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mengesahkan notis usul tersebut telah diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 18 Mac lalu.
"Sekarang kami tunggu Speaker sahaja. Sama ada Speaker benarkan ataupun tidak (bentangkan usul)," katanya.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata parti itu bersedia menerima sebarang penolakan atau bantahan terhadap rang undang-undang hudud termasuk daripada sekutunya DAP.
Khamis lepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak selepas 44 anggota dewan sebulat suara meluluskan rang undang-undang itu.
Bernama
Tue Mar 24 2015
SHAHIDAN: Apa yang paling penting ialah kami mempunyai banyak rang undang-undang kerajaan yang lain yang kami kena dahulukan seperti isu dadah dan jenayah.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur. Ini apa yang anda perlu tahu
Hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan Parlimen dan Badan Perundangan Negeri tidak boleh membuat undang-undang melangkaui senarai perundangan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Hudud: Keutamaan pastikan kerajaan stabil, tunggu keadaan mengizinkan - Mohd Amar
Antara matlamat perjuangan Pas adalah untuk melaksanakan syariat Islam, termasuklah undang-undang hudud.
"Jangan tanya bila nak buat hudud" - Pas Kelantan
Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini masih 'tidak kukuh', jadi jangan ditanya bila hudud akan dilaksanakan, kata Pas Kelantan.
Terlalu awal bercakap soal Rang Undang-undang 355 - Mohd Amar
Dalam masa dua bulan ini tidak boleh terlalu mengharapkan suatu benda yang besar.
PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud
PBB bidas kerajaan Brunei kerana mahu laksana undang-undang hudud yang antara lain merejam pelaku homoseksual.
Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?
Memetik kenyataan pihak berkuasa negara itu, beberapa portal antarabangsa sejak semalam mendakwa hukuman tersebut akan mula dikuatkuasakan mulai minggu depan.
Pasangan gay kedua di Aceh disebat di khalayak ramai
Sepasang lelaki homoseksual disebat lebih 80 kali secara terbuka di wilayah Aceh, Indonesia pada Jumaat kerana melakukan hubungan seks sejenis.
Tiada perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat
Datuk Takiyuddin Hassan bertanyakan soal masa hadapan pembentangan RUU 355 memandangkan usul itu sudah dibentangkan namun masih belum dibahaskan.
Tukang potong tangan sudah ada bagi kesalahan curi - Mohd Amar
Kerajaan negeri Kelantan sudah mempunyai senarai individu yang akan melaksanakan hukuman potong tangan yang terdiri daripada pakar bedah jika hukum hudud dilaksanakan kelak.
Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau - MB
Kelantan belanjakan RM1 juta setahun melengkapkan sistem perundangan mahkamah syariah, membangunkan prasarana dan menjalankan kempen.