SHAH ALAM: Keputusan kerajaan mengarahkan siasatan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian besar akibat rasuah dan ketirisan adalah langkah tepat berikutan setiap RM1 yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat dan negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, langkah-langkah pencegahan juga perlu diambil untuk memastikan ketelusan secara radikal dalam semua urusan kerajaan.
“Keputusan yang sangat baik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk mengarahkan siasatan kerugian yang besar dialami negara akibat rasuah dan ketirisan.
“Antara langkah pencegahan diambil untuk memastikan ketelusan dalam semua urusan kerajaan seperti hanya mengamalkan sistem tender terbuka. Tiada lagi rundingan terus atau tender terhad selain monopoli dalam perniagaan sepatutnya dihapuskan.
“Oleh itu, model input-output-outcome atau hasil-impak (IOOI) mesti dipraktikkan dalam semua peringkat perolehan daripada perancangan bajet sehingga pelaksanaan bajet,” katanya kepada Sinar Ahad.
Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pihaknya mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung laporan Malaysia mengalami kerugian mencecah RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan.
Sebelum ini, EMIR Research memaklumkan, Malaysia dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.
Mengulas lanjut, Rais Hussin menekankan kepentingan penting penerapan yang padu IOOI dalam sektor awam di Malaysia sebagai salah satu cara yang paling terpantas untuk membina semula potensi nasionalnya dalam setiap aspek.
“Kami ingin menekankan sekali lagi betapa pentingnya pelaksanaan pendekatan IOOI untuk kebaikan negara ini.
“Hanya pemimpin yang benar-benar berminat untuk membina semula Malaysia daripada runtuhan akan mengutamakan dan memperjuangkan pelaksanaan IOOI di pelbagai sektor perkhidmatan awam.
“Sebaliknya, mereka yang ingin mengekalkan budaya ketirisan itu akan mengabaikan, menangguhkan atau menentang secara langsung,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 14 2023
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Rais)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.
Laporan bulanan kemajuan projek kerajaan mampu elak ketirisan - KSN
Mohd Zuki berkata, dengan kaedah pelaporan secara bulanan itu, segala perincian kos akan dikemukakan secara lebih jelas dan telus.
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
SPRM tekad kurangkan ketirisan, kembalikan aset dan dana negara - Azam Baki
Rasuah mempengaruhi sistem politik, ekonomi dan sosial negara ini serta menelan habis harapan rakyat dan mengorbankan masa depan generasi akan datang.
JPDP siasat dakwaan ketirisan data laman sesawang Misi Rakyat
Ketirisan data itu didakwa telah dimuat naik oleh seorang penggodam dalam laman sesawang BreachForums dan aplikasi Telegram pada 3 dan 4 Julai lalu.
Elak ketirisan sumber negara - Pemangku Raja Perlis
Pemangku Raja Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak agar berusaha mengelakkan berlakunya ketirisan sumber negara.
Keputusan siasat Malaysia rugi RM4.5 trilion langkah tepat
Siasatan adalah langkah tepat berikutan setiap RM1 yang dibelanjakan mesti mempunyai hasil dan impak diinginkan kepada rakyat dan negara.
Kerajaan yakin capai unjuran pertumbuhan ekonomi meskipun berdepan cabaran - PM Anwar
Kerajaan akan terus menangani cabaran ekonomi harian yang dihadapi oleh rakyat sambil berusaha mengurangkan ketirisan dan menangani rasuah.
Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.
167 Ahli Parlimen selesai bahas Belanjawan 2023
Sesi perbahasan itu berlangsung enam hari bermula 27 Feb, selepas Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri pada 24 Feb lepas.