awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan kuatkuasa pelesenan terminal pengangkutan awam darat - TPM

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/06/2019
06:14 MYT
Kerajaan akan kuatkuasa pelesenan terminal pengangkutan awam darat - TPM
Pelaksanaan cadangan menguatkuasakan pelesenan terminal pengangkutan awam darat perlu mengambilkira kepentingan pengguna supaya mereka tidak dibebankan, kata Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Gambar fail
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju menerima pakai cadangan Kementerian Pengangkutan supaya Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menguatkuasakan pelesenan terminal pengangkutan awam darat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu, beliau berkata, majlis tersebut juga menerima cadangan untuk mengawalselia caj atau fi yang dikenakan berdasarkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan pengendali terminal terbabit.
“Pelaksanaan cadangan ini juga perlu mengambilkira kepentingan pengguna supaya mereka tidak dibebankan,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di sini hari ini.
Dalam sidang media itu, Dr Wan Azizah berkata, majlis tersebut turut menerima cadangan penambahbaikan bagi mengembangkan program ikan sejuk beku atau QFish ke seluruh negara.
“Program ini menggunapakai teknologi pembekuan ikan secara individu bagi menjalin kualiti dan kesegaran ikan. Harga jualan adalah sekitar RM10 sekilogram bagi ikan kembung, selar, pelaling dan selayang.
“Program QFish ini menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran kapasiti ikan daripada 561 tan metrik kepada 3,500 tan metrik setahun,” katanya lagi.
Selain itu, NACCOL turut meneliti pelaksanaan inisiatif Program Barang Asas 100 (BA100) yang dijangka boleh mengurangkan harga barangan, mengurangkan peranan orang tengah dan mengeluarkan sendiri barangan keperluan asas.
Topic Berkaitan
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#kos sara hidup
#Majlis Tindakan Sara Hidup Negara
#Perdana Menteri
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan