Kerajaan bantu bawa pulang 36 jemaah umrah terkandas - Zulkifli

Zulkifli berkata maklumat berhubung insiden berkenaan telah diterima dan tindakan pengesahan sedang dilaksanakan. - Gambar/ Bernama
TANJUNG MALIM: Kerajaan akan membantu membawa pulang 36 jemaah umrah yang terkandas di Madinah baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Malaysia akan membantu membawa pulang 36 jemaah umrah yang terkandas di Madinah, dengan proses pengesahan sedang dilaksanakan.
- Media tempatan melaporkan jemaah terbabit terkandas kerana kekurangan tiket penerbangan pulang, menimbulkan desakan untuk penyelesaian segera.
- Malaysia masih menunggu respons Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji, dengan harapan penambahan kuota dapat diberikan kepada jemaah negara untuk tahun ini.
Terdahulu, media tempatan melaporkan 36 jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah kerana masih belum mempunyai tiket penerbangan pulang ke tanah air dan mendesak agensi terlibat supaya menyegerakan urusan tersebut.
Mengenai isu kuota haji tahun ini, Zulkifli berkata Malaysia masih menunggu maklum balas kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji yang dikemukakan sebelum ini.
"Setakat ini kita masih menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji dengan harapan pertambahan kuota dapat diberikan kepada kita untuk jemaah tahun ini," katanya.
Zulkifli sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan menjangkakan bilangan jemaah haji negara akan bertambah pada masa hadapan berbanding kuota semasa sebanyak 31,600, dan Malaysia telah memohon kuota tambahan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah jemaah umrah Malaysia yang terkandas di Madinah baru-baru ini? A: 36 jemaah umrah Malaysia terkandas di Madinah.
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi membawa pulang jemaah umrah yang terkandas? A: Kerajaan akan membantu membawa pulang 36 jemaah umrah yang terkandas di Madinah.
- Q: Apakah status permohonan Malaysia untuk mendapatkan tambahan kuota haji daripada Arab Saudi? A: Malaysia masih menunggu maklum balas Arab Saudi berhubung permohonan tambahan kuota haji yang telah dikemukakan sebelum ini.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

