Kerajaan belum bersedia untuk mengisytiharkan pesawat penerbangan MH370 sebagai hilang atau penumpangnya meninggal dunia biarpun lebih enam minggu pesawat Malaysia Airlines itu gagal dikesan dan tiada petunjuk yang jelas di mana ia berada.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata buat masa ini kerajaan belum bersedia untuk berbuat demikian demi menghormati perasaan waris 239 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
"Pada suatu masa nanti mungkin tetapi pada masa ini saya rasa saya perlu mengambil kira perasaan waris dan sesetengah daripada mereka telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak dapat menerimanya sehingga ada bukti yang kukuh," kata Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan CNN.
Biarpun begitu, tambah Najib, adalah sukar untuk membayangkan sebaliknya.
Wawancara itu dikendalikan oleh koresponden penerbangan stesen berita itu, Richard Quest.
Sebulan yang lalu, pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat Boeing 777-200 itu mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi, di barat Perth ̶ "kawasan yang terpencil, jauh daripada tapak pendaratan." Rumusan itu dibuat berdasarkan kepada data satelit yang dimaklumkan oleh Inmarsat.
Malaysia Airlines kemudian mengumumkan bahawa pesawat itu dianggap hilang dan tiada yang terselamat. Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Dalam wawancara dengan CNN, Najib menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "ganjil" dan "tidak dapat difikirkan oleh sesiapa" ̶ bagaimana mungkin sebuah pesawat yang sepatutnya menuju ke Beijing kemudiannya boleh sampai "separuh jalan menuju ke Antartika?"
Menurut Najib, beliau bertanya berkali-kali kepada pasukan penyiasat apakah mereka yakin tentang kedudukan akhir pesawat itu dan mereka memberitahunya "kami yakin setakat yang termampu".
Najib juga memaklumkan kerajaan akan mengeluarkan laporan awal berhubung kehilangan pesawat itu minggu depan. Laporan berkenaan minggu ini diserahkan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Ditanya apakah Malaysia telah tersalah menangani usaha mencari pesawat berkenaan, Najib menekankan betapa pihak berkuasa yang terlibat berdepan dengan keadaan yang "belum pernah berlaku sebelumnya" dan mana-mana negara pun akan menghadapi kesukaran yang sama.
Beliau juga mengakui ada yang telah dilakukan oleh Malaysia dengan baik tetapi ada juga yang tersilap seperti aspek komunikasi seperti pada peringkat awal usaha mengesan pesawat itu.
Sementara itu, Najib mengesahkan pada malam kejadian, radar tentera telah mengesan sebuah pesawat berpatah balik merentas Semenanjung Malaysia.
"Tidak ada pesawat tentera yang dikerah kerana pesawat berkenaan dianggap tidak berbahaya," kata Perdana Menteri, seraya menambah cara penerbangan pesawat itu sama seperti sebuah pesawat komersial yang berada pada laluannya yang biasa.
Usaha mencari pesawat penerbangan MH370 yang kini bertumpu di selatan Lautan Hindi hari ini masuk hari yang ke-49 tanpa sebarang petunjuk yang jelas dan belum ada sebarang serpihan yang ditemui.
Astro Awani
Thu Apr 24 2014
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.
Hakim tolak saman fitnah AS$475 juta Trump terhadap CNN
Hakim persekutuan menolak saman fitnah US$475 juta oleh bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap CNN.
Ipoh disenarai antara destinasi paling 'underrated' di Asia
Ipoh menjadi perhatian kerana kaya dengan keindahan bukit batu kapur, lokasi rumah ibadat unik dan juga hidangan 'white coffee'.
Bernard Shaw, ketua penyampai pertama CNN meninggal dunia
Veteran penyiaran itu meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat pneumonia.
CNN pilih Pulau Pinang antara destinasi terbaik melancong
Pulau Pinang adalah satu-satunya wakil dari negara ASEAN yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.
CNN pecat Chris Cuomo, dakwa bantu abang dalam kes gangguan seksual
Michael Smerconish, pembaca berita yang sebelum ini menggantikan Cuomo, akan menjadi pembaca untuk program itu selepas ini.
CNN pecat 3 pekerja hadir ke pejabat tanpa divaksin
CNN memecat tiga pekerjanya kerana hadir ke pejabat tanpa divaksinasi COVID-19 dan menangguhkan kehadiran petugas ke pejabat sehingga pertengahan Oktober, lapor Sputnik.
CNN perkenal perkhidmatan penstriman, CNN plus
CNN plus akan bekerja seiring dengan rangkaian televisyen CNN yang sedia ada dan akan menyiarkan siaran langsung lapan hingga 12 jam sehari.
Mi Pho Bo Vietnam disenarai di tempat kedua senarai sup terbaik dunia
Saluran berita CNN telah menamakan Mi Pho Bo di kedudukan kedua dalam senarai 20 sup terbaik di dunia.