awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan nafi potong barisan untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
28/02/2021
14:33 MYT
Kerajaan Kelantan nafi potong barisan untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19
Dr Izani Husin berkata laporan yang tular di media sosial itu sehingga mendapat pelbagai reaksi serta kecaman daripada netizen adalah tidak benar dan berniat jahat. - Gambar fail/AP
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan menafikan sekeras kerasnya penyebaran maklumat palsu berhubung tekanan atau arahan supaya didahulukan suntikkan vaksin ke atas kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan (SUK) seperti yang tersebar dalam media sosial hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin dalam satu kenyataan memaklumkan sekeras-kerasnya bahawa penyebaran berkenaan bersifat fitnah, berniat jahar dan satu pembohongan.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Izani berkata, program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 di Kelantan adalah punca kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kerajaan Kelantan tiada punca kuasa untuk buat pengarahan dan tekanan kepada pihak KKM dan Jabatan Kesihatan Kelantan," katanya.
Dr Izani berkata kerajaan negeri tidak mencampuri sebarang proses dalam menentukan senarai penerima vaksin COVID-19 di negeri itu sebaliknya ia dilakukan sendiri oleh JKNK.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas berhubung penyebaran paparan di media sosial antara lain meminta supaya mengetengahkan isu potong barisan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 ke atas 200 kakitangan SUK.
Kenyataan itu juga menjelaskan pihak SUK akan memaklumkan senarai nama penerima akan diumumkan pada tarikh suntikan.
Keadaan ini menurut paparan itu akan menyebabkan doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal terpaksa di tangguh disebabkan terpaksa diberi laluan kepada SUK.
Sementara itu, Pejabat Menteri Besar Kelantan memaklumkan hanya 21 individu termasuk Menteri Besar dan Exco kerajaan akan menerima suntikan vaksin pada 2 Mac, Selasa ini.
Isu berkenaan telah mendapat reaksi Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19, Khairy Jamaluddin yang meminta kes berkenaan disiasat dan melaporkan berhubung tindakan potong barisan terus kepada beliau.
BACA: Vaksin COVID-19: 'VVIP' masuk senarai, lapor terus kepada saya - Khairy
Topic Berkaitan
#potong barisan
#SUK Kelantan
#suntikan vaksin
#COVID-19
#fitnah
#Dr Izani Husin
#Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
#JKNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan