awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang sejuk ringan melanda sebahagian Bangladesh
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri Sabah mohon tambah aset ESSCom

Qaisara Umaiyah, Zulhafiiz Brahim
Qaisara Umaiyah, Zulhafiiz Brahim
28/02/2021
10:47 MYT
Kerajaan Negeri Sabah mohon tambah aset ESSCom
Hajiji kini dalam rangka lawatan selama dua hari itu bagi meninjau perkembangan keselamatan di ESSZone Sabah. - Foto Astro AWANI
LAHAD DATU: Kerajaan Negeri Sabah akan membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk penambahbaikan dan penambahan aset bagi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata ini kerana penekanan keselamatan di sepanjang Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) adalah amat dititik beratkan oleh pasukan ESSCom.
Ia bagi menjamin keselamatan penduduk dari ancaman penjenayah khususnya rentas sempadan dari seberang dan kemasukan imigran warga asing.
Hajiji kini dalam rangka lawatan selama dua hari itu bagi meninjau perkembangan keselamatan di ESSZone Sabah.
Tambahnya, keadaan keselamatan di kawasan ini ESSZone dalam keadaan baik dan terkawal.
"Dalam lawatan ini juga, saya akan melawat barisan hadapan di Pos Tanjung Labian untuk bertemu dengan pasukan keselamatan kita yang mengawal di kawasan ESSZone," katanya dalam sidang media di sini pada Ahad.
Tambah Hajiji beliau akan membawa perkara itu ke peringkat Persekutuan untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
"Di pihak Kerajaan Negeri, kita akan bantu seadanya dan semua pihak perlu memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa agar kerja mengawal keselamatan dapat dilakukan dengan dengan lebih teratur dan sistematik," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ESSCom
#Pantai Timur
#Ketua Menteri Sabah
#ESSZONE
#Hajiji Noor
#Kota Kinabalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan