Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan memandang serius isu kematian dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.
Beliau berkata, dakwaan bahawa kematian melibatkan suku kaum Bateq itu disebabkan pencemaran kolam sumber air akan disiasat dengan teliti.
Pihak berkuasa, katanya, akan melihat kegiatan perlombongan dan pembalakan di sekitar kawasan itu untuk memastikan segala prosedur berkaitan alam sekitar dipatuhi.
"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Wan Azizah seterusnya berkata kerajaan juga akan mengkaji dasar-dasar alam sekitar berhubung aktiviti pembalakan dan perlombongan terutama berkaitan masalah yang dihadapi Orang Asli.
BACA: 14 kematian babit Orang Asli Kuala Koh dicatat sejak 2 Mei - Waytha Moorthy
"Penguatkuasaan lebih ketat dan dasar pencegahan adalah antara beberapa langkah yang akan diambil perhatian," kata Timbalan Perdana Menteri, yang sedih mendengar mengenai kematian itu.
"Saya akan sentiasa mendoakan keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang sedang menjalani rawatan," kata Dr Wan Azizah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 09 2019
WAN AZIZAH: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat jika mendapati kematian disebabkan oleh pencemaran sumber air Orang Asli. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gua Musang dilanda banjir, 114 mangsa berpindah ke PPS
Jalan Penempatan Chiku 7 dan Jalan Pulai-Kuala Tuang ditutup kepada semua kenderaan, manakala Jalan Felda Aring 5 pula ditutup kepada kenderaan ringan.
PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia hadapi gelombang baharu MTL
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di daerah Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
KPN laksana 18 projek infrastruktur di Gua Musang, Kelantan, bawah Kampung Angkat MADANI, tingkat kemudahan asas dan taraf hidup desa.
Tiga murid Orang Asli Gua Musang aplikasikan teknologi robotik di rumah
Romzi Anjang, Siti Saleha Masri dan Mekrenik Rabu berjaya mengaplikasikan sistem robotik bagi membuka pintu dan lampu.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
250 jenis pekerjaan bakal wujud pascaprojek empangan Nenggiri
Sebanyak 250 peluang pekerjaan akan dibuka kepada warga tempatan dan juga masyarakat Orang Asli setelah selesainya pembinaan empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.
PRK Nenggiri: 71.87 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Enam daripada 20 pusat mengundi telah ditutup dan selebihnya akan ditutup 6 petang ini.
PRK Nenggiri: Tok Batin mengundi sambil gayakan pakaian tradisional suku kaum Mendriq
Suasana di pusat mengundi PRK DUN Nenggiri di SK Meranto hari ini diwarnai dengan keunikan pemakaian busana tradisional Orang Asli.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Kerajaan akan bina institusi TVET di Gua Musang - Ahmad Zahid
Kerajaan akan membina Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang.