KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melakukan siasatan ke atas sebarang bentuk pakatan atau kartel dalam pasaran bagi mencegah sebarang manipulasi dan kenaikan harga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, siasatan juga perlu dijalankan bagi menyelesaikan segera isu kenaikan harga dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab.
Hal ini kerana, ujarnya, media melaporkan kenaikan harga ayam dan ikan yang ketara di pasaran sehingga menyebabkan berlaku kemerosotan hasil jualan.
"Pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di beberapa pasar awam juga menunjukkan kenaikan harga sehingga 30 peratus dan secara tidak langsung, harga ayam melepasi RM10 sekilogram.
"Mungkin disebabkan oleh kenaikan harga ayam ini, kerajaan melalui kempen yang ada telah menasihatkan pengguna untuk membeli sumber alternatif lain seperti ikan dan juga makanan laut.
"Bagaimanapun, baru-baru ini turut dilaporkan harga ikan juga mengalami peningkatan yang ketara dan disebabkan hal ini juga, jualan ikan dan makanan laut dikatakan mengalami kemerosatan hampir 80 peratus.
Tambahnya, lebih membimbangkan, pada bulan Jun lalu, rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak masak yang mencapai RM35 sebotol dengan berat 5 kilogram.
Katanya, ini merupakan kenaikan yang mendadak daripada harga biasa RM20-RM25 sebotol pada bulan-bulan sebelumnya.
"Setelah dua bulan kerajaan berunding dan cuba mencapai kesepakatan dengan pihak pengeluar, pada 1 Ogos 2021, kerajaan menetapkan harga runcit maksimum minyak masak sawit sebanyak RM29.70.
"Ironinya, sepanjang dua bulan tersebut, pengguna dibebankan dengan kenaikan harga tanpa kawalan kerajaan dan memungkinkan manipulasi harga di peringkat pengeluar, pengedar, pemborong atau peruncit," ujarnya lagi.
Selain itu, Shafie turut mencadangkan agar kerajaan untuk membuat lebih banyak tadbir urus dengan pihak berkepentingan antaranya dengan pihak peruncit yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Ia susulan terdapat peniaga yang terpaksa memindahkan kos tersebut pengguna dengan menaikkan harga dan seharusnya perkara ini diperhalusi agar bantuan sewajarnya dapat disalurkan kepada peniaga yang terjejas.
Ini sekali gus akan mampu membantu dalam mengurangkan kos dan harga barangan.
Justeru, Shafie berkata, mana-mana pihak yang didapati mengawal ataupun memanipulasi harga-harga barangan keperluan asas ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).
Seksyen ini juga melarang sebarang bentuk pakatan yang bersifat antipersaingan dan pemakaian undang-undang persaingan juga boleh menstabilkan harga pasaran dan telah digunakan oleh kebanyakan negara, terutamanya ketika negara teruk terjejas disebabkan wabak COVID-19.
Syafik Shukri Jalil
Mon Sep 20 2021
Shafie berkata, mana-mana pihak yang didapati mengawal ataupun memanipulasi harga-harga barangan keperluan asas ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712). - Gambar fail
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
Hampir 10 peratus usahawan gulung tikar pada April 2020 akibat COVID-19 - Ewon
Kira-kira 8.85 peratus usahawan telah gulung tikar pada April 2020 selepas terkesan akibat pandemik COVID-19 dan kenaikan harga barangan.
Harga telur, ayam dijangka naik selepas 30 Oktober - CAKE
Pelaksanaan apungan harga ayam dan telur dijangka akan menyaksikan kenaikan harga dua barangan ini selepas tarikh 30 Oktober ini.
Tidak ada kenaikan harga barang sampai 20 peratus - Ameer Ali Mydin
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Dr Ameer Ali Mydin menjangka sekiranya berlaku kenaikan harga barang pada Ogos in, ia hanya akan membabitkan kenaikan sekitar satu hingga d
Kerajaan kawal harga barang, tidak mungkin naik - Salahuddin
Beliau turut memberi jaminan langkah kerajaan mengawal penuh barangan tidak bersubsidi, tidak memungkinkan kenaikan harga barang.
Boikot agak keterlaluan, pengguna harus bijak memilih - Presma
Kenaikan harga barang tak dapat dielak atas pelbagai faktor antaranya penggajian pekerja, sewa premis, dan kadar tukaran mata wang.
PRU15: Sebahagian masyarakat sudah penat ikuti isu politik secara dekat
Sebahagian masyarakat mungkin sudah penat dan tidak lagi bersemangat untuk mengikuti perkembangan itu secara dekat.
B40, M40 gemar bantuan tunai, pilih kedai satelit - Kajian
Sebanyak 58.2 peratus isi rumah yang terkesan akibat peningkatan harga pada masa ini memilih bantuan tunai.
Kenaikan harga barang: Persatuan Kek Lapis Sarawak mahu bekerjasama dengan pembekal
Pengerusi persatuan itu, Zubaidah Sahadar memberitahu bahawa mereka mahukan perbincangan yang menghasilkan situasi menang-menang.
Isu harga barang tiada solusi, Ahli Parlimen gesa rombak Kabinet
Isu kenaikan harga barang ini memerlukan solusi dalam kadar segera termasuk mengembalikan subsidi yang sepatutnya, kata Prabakaran.