KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan meneliti keperluan terbabit serta permasalahan lain untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri.
"Kita lihat sendiri macam kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak, dan menteri (Dr Dzulkefly) akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan mana yang perlu," katanya kepada pemberita hari ini.
Terdahulu, beliau dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diiringi oleh Dr Dzulkefly dan Pengarah HKL Datin Paduka Dr Rohana Johan, melawat pesakit yang sedang dirawat di wad perubatan kelas tiga hospital itu, di sini.
Anwar berkata beliau yakin Dr Zulkefly dan Dr Rohana dimaklumkan masalah yang mendesak dan perlu diberi perhatian oleh Kementerian kesihatan serta kerajaan, bagi memastikan penyediaan prasarana yang lebih baik di hospital berkenaan.
Dalam pada itu, Anwar berkata beliau mahu kajian menyeluruh dibuat tentang pemerolehan ubat-ubatan oleh semua hospital dan klinik kerajaan di negara ini agar tidak berlaku pembaziran dan kerugian.
"Apakah ubat-ubatan itu digunakan sepenuhnya, tidak ada pembaziran dan apakah keutamaan... itu kita perlu beri tumpuan kepada HKL kerana jumlah (yang diperlukan) lebih besar.
"... tetapi kita juga kena beri tumpuan kepada klinik di Kapit, klinik di Manek Urai umpamanya... jadi hal ini dilihat keseluruhannya oleh kementerian dan kita buat keputusan," jelas beliau.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada HKL atas kecemerlangan prestasi hospital itu yang mendapat pengiktirafan dunia, dan beliau berharap pencapaian tersebut akan menjadi galakan kepada semua pihak untuk meningkatkan usaha dan khidmat mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Anwar melawat pesakit yang sedang dirawat di wad perubatan kelas tiga HKL hari ini. - Gambar/ Bernama
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Kerajaan sedia segerakan kemudahan wad kelas tiga HKL - Anwar
Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
HKL siasat dakwaan insiden komplikasi berhubung penggunaan mesin ventilator
Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menyiasat dakwaan insiden komplikasi membabitkan pesakit yang menerima bantuan pernafasan melalui mesin ventilator di hospital itu.
PM selesai jalani pembedahan kecil gigi
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perkongsian di laman Facebook memaklumkan beliau kini berada dalam pemantauan pihak hospital sehingga esok.
Najib tidak hadir prosiding, dirujuk ke HKL selepas alami cirit-birit dan dehidrasi
Perkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni.
KKD komited pastikan HKL dilengkapi 5G - Fahmi
KKD komited dalam memastikan kawasan hospital kerajaan khususnya HKL dilengkapi kemudahan rangkaian 5G yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
MRT HKL mudahkan warga kota, pesakit dapatkan rawatan
Stesen MRT HKL antara yang mesra pengguna dan dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter.
KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Hospital berusia lebih 150 tahun kini bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit dalam tempoh sehari.
Sesak nafas, hampir pitam... Ibnor Riza kini dirawat di hospital
Berita itu dimaklumkan oleh sahabatnya yang juga penyanyi, Nizam Laksamana menerusi akaun Facebook miliknya semalam.
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat di HKL dihantar semula ke Sungai Buloh
Sebuah kenderaan polis dipercayai membawa mayat mangsa trageditanah runtuhdi Batang Kali, Selangor tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 12.20 tengah hari.