SHAH ALAM: Kerajaan Selangor berharap cadangan untuk mengadakan satu lagi laluan rel bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke bahagian selatan negeri itu dapat dipertimbangkan kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han memaklumkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini bahawa cadangan itu telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor berharap ia dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Menurutnya, walaupun berlaku pertukaran kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas, pembinaan projek ECRL akan kekal dilaksanakan meliputi jajaran utara di empat daerah iaitu Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
"Jajaran ECRL dalam Selangor telah dimuktamadkan dan akan digunakan jajaran di sebelah utara Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lau Weng San (PH-Banting) mengenai perkembangan perancangan terbaharu dengan kerajaan Pusat untuk mengganti semula jajaran selatan yang sebelum ini menjadi jajaran ECRL di Selangor membabitkan kawasan Kuala Langat dan Pelabuhan Klang.
Dalam pada itu, katanya pembinaan laluan ECRL di Selangor meliputi kawasan seluas 758.47 hektar termasuk 32 lot hutan simpan di daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor bagi pembinaan jajaran utara sepanjang 90.72 kilometer (km).
"Jajaran itu merangkumi laluan bertingkat, aras tanah dan serta pembinaan terowong sepanjang 28.5 km," katanya menjawab soalan Lee Kee Hiong (PH-Kuala Kubu Baharu) yang ingin tahu keluasan tanah yang akan diambil oleh kerajaan Persekutuan bagi projek pembinaan ECRL di daerah terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022

Ng Sze Han berkata, cadangan itu telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor berharap ia dipertimbangkan dengan sewajarnya. - Gambar fail

Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.

Jiwa SME | Bertam Nursery jual anak pokok, khidmat nasihat dalam talian
Lima tahun lalu, perniagaan anak pokok hiasan atau nurseri oleh Ahmad Zaidi Abu Bakar agak suram dan ketika itu dia hanya menunggu pelanggan datang ke kedai untuk membuat belian. Selepas membuat sedikit kajian, Ahmad Zaidi, 42, mendapati perniagaan nurseri sebenarnya berpotensi berikutan wujudnya taman perumahan baru selain agensi yang memerlukan nasihat mengenai cara penjagaan pokok dan lanskap.

AWANI Ringkas: Malaysia rancang buka hospital lapangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

H5N1 | Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, penyebaran virus influenza H5N1 atau selesema burung kepada haiwan mamalia perlu dipantau. Namun Agensi Kesihatan PBB itu berkata, risiko penyebaran selesema burung kepada manusia kekal rendah setakat ini.

Selesema burung: Risiko kepada manusia rendah, tapi perlu bersedia - WHO
Terdapat laporan baru-baru ini mengenai jangkitan kepada cerpelai, memerang dan anjing laut.

Kemalangan | 14 maut di Mexico, kebanyakkan dipercayai migran
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam satu insiden kemalangan membabitkan sebuah trak pikap yang terbalik dan tenggelam dalam sebatang terusan di utara Mexico. Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Vaksin COVID-19 | Australia lancar dos penggalak kelima
Australia akan melancarkan dos kelima vaksin COVID-19 akhir bulan ini kepada semua warganegaranya yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira status vaksinasi. Menurut Menteri Kesihatannya, Mark Butler, keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin khusus varian Omicron mulai 20 Februari.

Belon Pengintip | AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia
Amerika Syarikat akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia. Menurut Setiausaha Negaranya, Anthony Blinken beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.

Gempa Turkiye-Syria | Terperangkap 50 jam, hilang semua ahli keluarga
Hospital di Syria berdepan peningkatan jumlah kemasukan pesakit kanak-kanak. Sebahagian besarnya ditarik keluar daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda tenggara Turkiye dan utara Syria, pada Isnin.

Gempa Turkiye-Syria | AS beri sokongan penuh untuk bantu Turkiye
Presiden Joe Biden komited untuk membantu Turkiye dan Syria pasca gempa yang melanda dua negara terbabit. Menurut Biden, komitmen itu sudah dinyatakan kepada Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

ECRL: Pembersihan hutan tidak babit kawasan simpanan hutan dinyah warta - MRL
Pembukaan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor tidak melibatkan sebarang kawasan simpanan hutan yang dinyah warta.

Pembukaan tanah di Taman Negeri Selangor untuk pelaksanaan projek ECRL - Exco
JPNS telah mengeluarkan kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaan projek itu di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022.

Ceroboh hutan di kawasan ECRL, projek telah diarah dihentikan
Kegiatan terbabit dikesan berlaku di empat kawasan di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, telah pun ditangani Disember lalu.
![[LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas [LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673685079_riverstoneecrl.jpg)
[LAPORAN KHAS] MRL pikul tanggungjawab penuh, pampasan menanti mangsa terjejas
Malaysia Rail Link (MRL) sedia pikul tanggungjawab dan membayar ganti rugi terhadap mangsa terjejas di tapak projek pembinaan ECRL di Ulu Yam.
![[LAPORAN KHAS] Projek mega didakwa 'rogol' keindahan alam sekitar, pemilik rumah inap kerugian [LAPORAN KHAS] Projek mega didakwa 'rogol' keindahan alam sekitar, pemilik rumah inap kerugian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673601276_ECRLHOMESTAY.jpg)
[LAPORAN KHAS] Projek mega didakwa 'rogol' keindahan alam sekitar, pemilik rumah inap kerugian
Penduduk setempat dan pengusaha rumah inap terjejas sejak kehadiran projek pembinaan terowong laluan rel pantai timur (ECRL) di Ulu Yam sehingga menyebabkan kerugian.

Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak
Projek ECRL dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.

Citaglobal, Reneuco peroleh kontrak projek IPP ECRL
Ia tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian kontrak yang akan dimeterai antara Citaglobal dan Reneuco dengan MRL.

Kos ECRL dikurangkan RM11.01 bilion - Anwar
Hasil rundingan yang cekap, kos Projek Laluan Rel Pantai Timur kini RM74.96 bilion berbanding RM85.97 bilion pada 2016.

Kerajaan Selangor harap laluan ECRL ditambah ke bahagian selatan negeri
Cadangan itu telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor berharap ia dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.