Kerajaan tidak pernah mendiskriminasikan mana-mana kaum hanya kerana warna kulit, anutan agama dan keturunan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Beliau berkata sebaliknya rakyat di Malaysia bebas mengamalkan mana-mana agama dan perayaan masing-masing.
"Ini adalah janji kita (kerajaan) semasa negara kita dibentuk (penubuhan Malaysia). Kerajaan akan sentiasa mempertahankan hak semua kaum dan agama tanpa ada sebarang diskriminasi dan ia akan dipertahankan sampai bila-bila.
"Kerajaan akan pastikan tiada perayaan dan hak mana-mana kaum di seluruh negara termasuk di Sabah dihapuskan atau diabaikan kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seorang pemimpin yang menghormati semangat kemerdekaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perayaan Tarian Naga Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2017 Tenom dan Kemabong di sini, malam tadi.
Hadir sama Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Radin Malleh, Anggota Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang.
Mengenai majlis itu, Salleh berkata perayaan Tahun Baharu Cina sentiasa diraikan bersama oleh semua kaum dan agama di Sabah setiap tahun.
"Ini membuktikan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama sentiasa saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu saya berharap amalan budaya seperti ini terus kita kekalkan demi keharmonian rakyat dan negara," katanya sambil mengumumkan peruntukan RM20,000 untuk tujuan mencantikkan kawasan Pekan Tenom bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Terdahulu, Salleh yang juga bendahari UMNO Malaysia menghadiri majlis makan malam bersama kepimpinan UMNO Bahagian Tenom.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau menyeru pemimpin dan anggota parti bahagian berkenaan terus mengekalkan kerjasama dan perpaduan.
"Kita perlu terus bekerja bersama-sama membantu kerajaan untuk menjelaskan apa sahaja isu yang timbul (kepada rakyat). Selain itu beri sokongan padu kepada pucuk pimpinan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 20 2017
SALLEH: Kerajaan akan pastikan tiada perayaan dan hak mana-mana kaum di seluruh negara termasuk di Sabah dihapuskan atau diabaikan kerana Perdana Menteri seorang pemimpin yang menghormati semangat kemerdekaan, - Gambar fail
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Blogger, pengguna media sosial harus lebih bertanggungjawab - Salleh
Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.
UMNO, BN tiup semangat kesamarataan - Salleh
Hanya UMNO dan BN yang boleh meniup semangat kesamarataan manakala yang lain hanya pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan.
Sokongan rakyat perlu untuk awasi ancaman ekstremisme - Salleh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata sokongan dan kerjasama rakyat perlu bagi mengawasi ancaman ekstremisme di negara ini.
Forex: Kabinet putuskan penubuhan RCI tanpa niat politik - Salleh
Penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lepas.
Rakyat di Sabah perlu beri mandat kepada BN pada PRU ke-14 - Salleh
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata rakyat di Sabah perlu memberi mandat kepada kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Sokongan padu rakyat terhadap kepimpinan BN penting demi keharmonian - Salleh
Sokongan padu rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak penting demi keharmonian dan pembangunan negara, kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Di sebalik spekulasi, UMNO Sabah memang bersedia hadapi PRN awal - Salleh
UMNO Sabah memang sudah bersedia menggerakkan jenteranya berdepan dengan sebarang kemungkinan pilihan raya negeri diadakan lebih awal, di sebalik spekulasi yang tersebar, kata Datuk Seri Dr Salleh.
Kit Siang tidak setaraf dengan PM Najib untuk berbahas - Salleh
Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
BN pilihan terbaik rakyat - Salleh Keruak
BN, yang sekian lama merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara, merupakan pilihan terbaik untuk dipilih rakyat pada PRU ke-14.
Kerajaan tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum - Salleh
Beliau berkata sebaliknya rakyat di Malaysia bebas mengamalkan mana-mana agama dan perayaan masing-masing.