Sikap tamak dan ingin mengaut keuntungan segera dilihat antara faktor menyebabkan ada sesetengah penyewa sanggup menyewakan kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PA) kepada warga asing.
Difahamkan, penyewa terbabit menyewakan rumah yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada warga asing dengan kadar sewa antara RM300 hingga RM500 seorang sebulan.
Setiausaha Blok B PPR Intan Baiduri, Abdul Rahman Abdul Razak mengakui kehadiran warga asing di sekitar kediamannya adalah disebabkan mereka kini menetap di PPR itu.
Beliau yang telah mendiami PPR Intan Baiduri, di sini lebih lima tahun berkata bilangan warga asing yang berkeliaran di kawasan PPR itu kini semakin ramai, sehingga menimbulkan rasa kurang senang penyewa lain.
Beliau menyifatkan tindakan penyewa menyewakan unit PPR kepada warga asing adalah tidak adil dan tamak.
Ini kerana, bagi Abdul Rahman, ramai lagi golongan yang susah yang memerlukan rumah di kawasan ibu kota sedang menanti giliran mereka.
"Ada ke patut kerajaan bantu kita, kita ambil kesempatan ini, untuk cari duit... mereka ini untung atas angin jer, sewa baru RM124 tetapi sewakan dekat orang asing sampai RM1,000 seunit," katanya.
Sementara itu, Hidayah Mohammad, 29, yang menetap di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini berpendapat bahawa mereka yang sanggup menyewakan unit kepada orang lain sebenarnya tidak layak menerima unit terbabit.
Bagi Hidayah, sudah pasti unit yang disewa itu tidak diduduki oleh penyewa asal sebaliknya mempunyai kediaman lain.
"Kalau unit dia orang pun dia orang dah sewa, mesti dia orang dah ada rumah lain, tak kan dia orang nak duduk dekat rumah yang disewa warga asing.
"Kemudahan untuk rakyat Malaysia bukan untuk warga asing, semua ini sebab sifat tamak," katanya.
Seorang lagi penghuni Sofian Said, 44, yang menetap di PPR Intan Baiduri menyeru agar pihak DBKL memperbanyakkan operasi menjejak unit rumah yang telah disewa kepada warga asing dan merampas kembali unit itu untuk diserahkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Projek-projek perumahan itu yang tujuan asalnya untuk menyediakan kediaman bagi rakyat yang kurang berkemampuan di tengah-tengah kepesatan pembangunan ibu negara, adalah selari dengan slogan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
PPR dan PA yang dikendalikan DBKL itu disewakan pada kadar serendah RM94 sehingga RM124 sebulan yang merupakan antara yang termurah di Kuala Lumpur.
Selain itu pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk surau, dewan serba guna, gelanggang futsal, Klinik 1Malaysia, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya untuk keselesaan penghuni.
Bernama
Tue Apr 19 2016
PPR dan PA yang dikendalikan DBKL itu disewakan pada kadar serendah RM94 sehingga RM124 sebulan yang merupakan antara yang termurah di Kuala Lumpur.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.