KUALA KETIL: Sebuah kereta terjunam ke dalam sungai di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Samsuddin Mamat, berkata kejadian itu disedari orang awam selepas menemui serpihan bampar kereta Proton Persona di tebing sungai terbabit kira-kira jam 6 petang.
“Setakat ini belum dapat dipastikan terdapat mangsa dalam kenderaan itu atau sebaliknya.
“Polis telah menghubungi bomba bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih dilakukan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam ini.
Shamsuddin turut meminta kepada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga supaya segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Baling untuk membuat laporan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima panggilan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan BBP Baling dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM Kedah tiba namun tidak dapat melakukan selaman berikutan arus sungai deras dan kedalamannya melebihi tiga meter.
"Setakat ini anggota melakukan pencarian di bahagian permukaan air namun belum dapat mengesan kedudukan kenderaan terbabit,” katanya.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi turut dibantu beberapa bot penduduk kampung.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jun 25 2022
Kejadian disedari orang awam selepas menemui serpihan bampar kereta Proton Persona di tebing sungai terbabit kira-kira jam 6 petang. - JBPM
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, pada jam 11 pagi tadi.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7360/7405 berbanding dolar US daripada 4.7380/7405 ketika ditutup pada Isnin.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Dua cedera kereta terjunam ke tingkat dua
Dua individu berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka terjunam dari tingkat tiga ke tingkat dua tempat letak kenderaan di pusat beli belah kompleks Asia City di sini pada Ahad.
3 parah kereta terjunam jatuh gaung di Gerik
Kemalangan berlaku disebabkan kereta Proton Iriz dari arah Gerik dilanggar dari arah bertentangan oleh kereta Honda Civic.
Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.
Kereta terjunam dalam sungai
Sebuah kereta dikhuatiri terjunam ke dalam sungai di Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.
Pemandu keliru keadaan jalan, kereta terjunam dalam sungai
Tiga individu berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Batu 12, Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Jumaat.
Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
Kereta terjunam ke tasik: Keluarga terkejut hilang ibu dan adik sekelip mata
Haida mengetahui kejadian selepas dihubungi adik ketujuh yang memaklumkan ibu dan adik kesembilannya itu lemas di dalam tasik.
Dua ditemui lemas, seorang masih hilang selepas kereta dinaiki terjunam dalam tasik
Dua mangsa ditemui lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki dipercayai terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, dekat Bandar Baharu petang Ahad.
2 maut kereta terjunam dalam Tasik Biru
Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita maut selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik petang tadi.
Tragedi Feri Triso: Lima van jenazah digerakkan ke Sri Aman
Lima van jenazah akan digerakkan dari Kuching ke Hospital Sri Aman untuk memudahkan pengurusan penghantaran jenazah kemalangan di Pangkalan Feri Triso, semalam ke rumah masing-masing.