PUCHONG: Laporan awal berhubung tanah runtuh di Jalan Wawasan di sini mendapati keretakan longkang monsun menjadi punca insiden yang menjejaskan sembilan rumah itu berlaku pada Sabtu lepas.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim berkata keretakan longkang monsun yang terletak di atas tebing menyebabkan air mengalir ke bawah melalui retakan serta mengakibatkan tanah menjadi mendap dan runtuhan cerun berlaku.
"Longkang monsun ini besar dan berada di atas tebing. Keretakan longkang monsun menyebabkan air mengalir ke bawah.
"Bagaimanapun kita akan menyiasat perkara ini secara teliti melalui konsultan yang akan dilantik," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh itu hari ini.
Beliau berkata bagi membendung isu itu, kerja-kerja penyambungan saliran longkang monsun akan dibuat agar air tidak bertakung di kawasan tanah runtuh tersebut.
Izham juga berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk fasa pertama dijangka selesai Ahad ini.
"Tujuan utama pemasangan cerucuk itu adalah bagi memastikan tanah di bahagian hadapan rumah yang terjejas lebih selamat dan kukuh selain mengekang pergerakan tanah daripada berlaku," katanya sambil menambah kerja-kerja baik pulih di kawasan tanah runtuh seperti pembinaan longkang monsun, tambakan tanah dan pengukuhan cerun dijangka siap dalam tempoh tiga minggu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara Ng Size Han pula berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk di bahagian bawah akan dijalankan selepas pemasangan di bahagian atas selesai.
Beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada sembilan ketua isi rumah yang terjejas dalam insiden tanah runtuh.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa agensi turut hadir bagi memantau keadaan di kawasan tanah runtuh antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya serta Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Keretakan longkang monsun di atas tebing menyebabkan air mengalir ke bawah melalui retakan serta mengakibatkan tanah mendap dan runtuhan cerun berlaku. - Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Hampir 100 maut di Pakistan ekoran hujan lebat dan banjir kilat
Hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di Khyber Pakhtunkhwa, Balochistan dan Wilayah Punjab serta Jammu dan Kashmir.
Korban tanah runtuh Sulawesi Selatan meningkat kepada 20 orang
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dalam keadaan hujan dan berkabus dengan tanah runtuh menyekat laluan.
Angka korban gempa bumi Taiwan meningkat kepada 13 orang, ratusan masih terkandas
Jalan raya di kawasan pergunungan masih terhalang oleh beberapa tanah runtuh.
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
26 maut, enam hilang dalam banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat, Indonesia
Agensi Pengurusan Bencana Sumatera Barat (BPBD) pada Isnin melaporkan 26 maut dengan enam masih hilang dan dua cedera dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di pulau itu.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Hujan lebat di Pakistan ragut 29 nyawa, 50 cedera
Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas.
4 maut, 6 cedera dalam insiden tanah runtuh di timur Indonesia
Tanah runtuh di Bastem Utara kira-kira 9 pagi waktu tempatan itu disebabkan oleh hujan lebat yang melanda pada petang Ahad.