awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik siap dalam tiga bulan

Bernama
Bernama
13/05/2022
12:51 MYT
Kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik siap dalam tiga bulan
Banjir kilat itu disebabkan hujan lebat di hulu lembangan sungai dan keadaan sungai yang cetek sekitar Janda Baik, ekoran kesan banjir besar pada Disember 2021. - Gambar/ Astro AWANI
KUANTAN: Kerja-kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik, Bentong dengan anggaran kos RM1 juta, dijangka bermula pada minggu hadapan dan siap dalam tempoh tiga bulan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Zaini Ujang.
Beliau yang melawat kawasan terjejas itu hari ini berkata, pihaknya mendapati banjir kilat itu disebabkan hujan lebat di hulu lembangan sungai dan keadaan sungai yang cetek sekitar Janda Baik, ekoran kesan banjir besar pada Disember 2021.
"Keadaan sungai yang cetek telah mengakibatkan limpahan air Sungai Benus, Sungai Cheringin dan Sungai Chemperoh melebihi paras tebing, selain perkampungan di kawasan rendah dan berhampiran sungai, juga menjadi sebab premis kediaman dan peranginan mudah dinaiki air," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Banjir Kilat | Rancang strategi tangani banjir di Janda Baik
Pada kejadian Rabu (11 Mei), lima kampung di kawasan itu iaitu Kampung Sum-Sum, Kampung Cheringin, Kampung Chemperoh, Kampung Lampin dan Kampung Pulau Santap, telah dilanda banjir kilat dengan purata antara 0.5 meter hingga satu meter, ekoran hujan lebat luar biasa dengan kelebatan 88 milimeter (mm) selama tiga jam bermula 4 pagi.
Zaini berkata ekoran banjir pada tahun lepas, Menteri KASA Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah mengarahkan JPS, untuk menyegerakan pelaksanaan kerja membersih dan mendalamkan sungai di situ, yang telah bermula sejak Mac lepas.
BACA: Janda Baik dilanda banjir kilat, 42 keluarga berpindah
BACA: Penduduk, pengusaha pelancongan rayu langkah drastik elak banjir Janda Baik berulang
Satu daripada projek itu telah siap dilaksanakan manakala dua lagi dijadualkan siap pada Jun ini.
"JPS juga merancang untuk membina tembok penahan banjir (ban) pada lokasi yang telah dikenal pasti sepanjang sungai terlibat serta stesen telemetri dan stesen amaran banjir di huluan Janda Baik," katanya.
Untuk perancangan jangka panjang, Zaini berkata KASA menerusi JPS sedang menyegerakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong dan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA), yang dijangka dilaksanakan pada 2023 dengan jangkaan memerlukan peruntukan lebih RM400 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Janda Baik
#banjir kilat
#kerja baik pulih
#Zaini Ujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan