KUANTAN: Kerja-kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik, Bentong dengan anggaran kos RM1 juta, dijangka bermula pada minggu hadapan dan siap dalam tempoh tiga bulan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Zaini Ujang.
Beliau yang melawat kawasan terjejas itu hari ini berkata, pihaknya mendapati banjir kilat itu disebabkan hujan lebat di hulu lembangan sungai dan keadaan sungai yang cetek sekitar Janda Baik, ekoran kesan banjir besar pada Disember 2021.
"Keadaan sungai yang cetek telah mengakibatkan limpahan air Sungai Benus, Sungai Cheringin dan Sungai Chemperoh melebihi paras tebing, selain perkampungan di kawasan rendah dan berhampiran sungai, juga menjadi sebab premis kediaman dan peranginan mudah dinaiki air," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Pada kejadian Rabu (11 Mei), lima kampung di kawasan itu iaitu Kampung Sum-Sum, Kampung Cheringin, Kampung Chemperoh, Kampung Lampin dan Kampung Pulau Santap, telah dilanda banjir kilat dengan purata antara 0.5 meter hingga satu meter, ekoran hujan lebat luar biasa dengan kelebatan 88 milimeter (mm) selama tiga jam bermula 4 pagi.
Zaini berkata ekoran banjir pada tahun lepas, Menteri KASA Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga telah mengarahkan JPS, untuk menyegerakan pelaksanaan kerja membersih dan mendalamkan sungai di situ, yang telah bermula sejak Mac lepas.
BACA: Janda Baik dilanda banjir kilat, 42 keluarga berpindah
BACA: Penduduk, pengusaha pelancongan rayu langkah drastik elak banjir Janda Baik berulang
Satu daripada projek itu telah siap dilaksanakan manakala dua lagi dijadualkan siap pada Jun ini.
"JPS juga merancang untuk membina tembok penahan banjir (ban) pada lokasi yang telah dikenal pasti sepanjang sungai terlibat serta stesen telemetri dan stesen amaran banjir di huluan Janda Baik," katanya.
Untuk perancangan jangka panjang, Zaini berkata KASA menerusi JPS sedang menyegerakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Bentong dan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA), yang dijangka dilaksanakan pada 2023 dengan jangkaan memerlukan peruntukan lebih RM400 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Banjir kilat itu disebabkan hujan lebat di hulu lembangan sungai dan keadaan sungai yang cetek sekitar Janda Baik, ekoran kesan banjir besar pada Disember 2021. - Gambar/ Astro AWANI
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
Banjir puing: Sebahagian Jalan Pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
Jalan Persekutuan FT68 iaitu Jalan Lama Gombak-Bentong bagi Seksyen 43.00 ke 43.40 dan Jalan Pintasan Bukit Tinggi Seksyen 1.98 hingga 2.58 di Bentong dekat sini, ditutup.
Jangan takut, banjir kilat tak libatkan Janda Baik - Pengusaha pelancongan
Kawasan peranginan itu hanya mengalami hujan lebat pada kira-kira pukul 5 petang Ahad, yang berhenti sejam kemudian.
Banjir lumpur Bentong: Kerajaan Negeri lulus RM200,000 baiki paip, longkang - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang meluluskan serta-merta peruntukan berjumlah RM200,000 untuk membaiki paip dan longkang di Bukit Tinggi, Bentong.
Tragedi Batang Kali: Orang ramai masih beriadah di Janda Baik tetapi kurang sambutan
Pengunjung mengakui melalukan penyelidikan terhadap kawasan itu terlebih dahulu sebelum membuat tempahan inap desa.
Tragedi Batang Kali: Pemilik inap desa rugi 50 peratus
Pemilik Dinda Chalet dan Glamping, Hasnah Abdullah berkata, jumlah kerugian mencecah sehingga RM3,000 sehari.
KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.
Penduduk, pengusaha pelancongan rayu langkah drastik elak banjir Janda Baik berulang
Kerajaan diharap ambil langkah drastik untuk mencegah kejadian berulang dan bertambah buruk di masa depan.
Hujan terlampau lebat punca banjir kilat di Janda Baik - MB
Taburan hujan awal pagi itu adalah sebanyak 19.5 milimeter dalam tempoh tiga jam.
Banjir kilat: Kerajaan Pahang salur bantuan awal kepada 140 keluarga di Janda Baik
Sebanyak 140 kediaman penduduk yang terkesan telah disalurkan bantuan awal seperti kit makanan dan barangan keperluan asas.
"Harta benda saya musnah sekelip mata" - Mangsa banjir kilat Janda Baik
Dia meluahkan perasaannya apabila melihat semua harta benda miliknya telah musnah dalam kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Janda Baik awal pagi tadi.