KUALA LUMPUR : Kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan eskalator dan lif di beberapa stesen rel perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang sedang giat dijalankan.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan, selaku operator kepada perkhidmatan awam tersebut, pihaknya mengambil maklum berkenaan kerosakan itu dan isu ini dalam perhatian dan tindakan pihaknya.

"Merujuk kepada ciapan yang dikongsikan oleh pengguna akaun media sosial yang juga dipetik oleh media massa, pihak Rapid Rail ingin memberi kemaskini status penyelenggaraan fasiliti di bawah kendalian kami.

"Kerja-kerja pembaikan eskalator dan lif ini adalah tertakluk kepada penghantaran dan penerimaan alat ganti daripada pihak pembekal di luar negara.

"Rapid Rail telah dimaklumkan oleh pihak pengilang peralatan asal (OEM) bahawa penghantaran alat ganti dari Shanghai, China akan dilakukan secara berperingkat," jelasnya.

Kemaskini status eskalator dan lif di stesen-stesen kendalian Rapid Rail adalah seperti berikut; 

Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan, selaku operator kepada perkhidmatan awam tersebut, pihaknya mengambil maklum berkenaan kerosakan itu dan isu ini dalam perhatian dan tindakan pihaknya.

Untuk makluman, penerimaan kumpulan pertama dijangka pada bulan ini, diikuti penerimaan kumpulan kedua pada pertengahan bulan November manakala penerimaan kumpulan ketiga pada minggu keempat bulan November.

Ini melibatkan sejumlah 87 'handrail' dan 37 'stepchain'.

Jelasnya lagi, sebagai langkah jangka panjang, Rapid Rail telah melaksanakan program Condition Based Maintenance (CBM) dimana proses mengganti komponen yang dinilai akan rosak atau kerap bermasalah akan terus dijalankan tanpa menunggu jangka hayat tamat.

"Buat masa ini, berdasarkan konsep CBM, pihak Rapid Rail teleh membuat tempahan pesanan sebanyak 192 unit 'handrails' dan 22 unit 'stepchains' bagi merangkumi kesemua laluan rel.

"Kami akan memaklumkan status pembaikan dan pemasangan fasiliti secara berkala menerusi saluran-saluran media sosial dan media massa. Pihak Rapid Rail memohon maaf diatas kesulitan yang dialami oleh orang ramai," katanya.