awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Melaka selesai - Khalid

Bernama
Bernama
02/10/2015
13:29 MYT
Kertas siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Melaka selesai - Khalid
Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim (gambar) telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad. - Gambar Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Kita tahu dia (Rahim) ada beberapa kali memohon maaf kerana kenyataannya tetapi itu terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyiasatnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang meninggal dunia semalam, di Pusat Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, di sini, hari ini.
Khalid berkata polis menerima beberapa laporan polis berhubung kes berkenaan.
Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.
Pada 30 Sept lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Thamby Chik
#Khalid Abu Bakar
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan