awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Kim Jong-nam: 14 Disember dengar notis usul

Bernama
Bernama
07/11/2018
09:43 MYT
Kes bunuh Kim Jong-nam: 14 Disember dengar notis usul
Mahkamah Tinggi tetapkan 14 Disember depan untuk pendengaran notis usul dalam kes bunuh Kim Jong-nam.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Dis depan untuk pendengaran notis usul yang difailkan tertuduh pertama dalam kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan tujuh saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan.
Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya ingin membalas afidavit sokongan kepada notis usul itu yang difailkan S. Kulaselvi, peguambela tertuduh pertama, Siti Aisyah.
"Berkenaan notis usul itu mahkamah tetapkan 14 Dis ini, pukul 10 pagi untuk pendengaran dan saya akan putuskan pada hari sama juga, sama ada boleh terus beri keputusan atau tetapkan tarikh lain untuk keputusan berhubung notis usul ini," kata Azmi.
Pihak pembelaan yang mewakili Siti Aisyah, 26, memfailkan notis usul itu hari ini bagi memohon mahkamah memerintahkan pihak pendakwaan mengemuka dan membekalkan kepada mereka salinan rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) bagi tujuh saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan.
Tujuh saksi pendakwaan itu adalah Ahmad Fuad Ramli, Lim Cheng Gam, Tomie Yoshio, Ng Wai Hoong, Dessy Meyrisinta, Raisa Rinda Salma dan Kamaruddin Masiod.
Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 51 dan Seksyen 113 (2) KPJ.
Topic Berkaitan
#bunuh
#jenayah
#Kim Jong-nam
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan