Dua beranak yang direman sejak tahun lepas bagi membantu siasatan kes bunuh di Jalan Pahang, Tapah, dibebaskan hari ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh Murtazadi Amran membuat keputusan itu selepas tempoh reman selama 59 hari sejak Disember lepas yang dibuat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) berakhir hari ini.
Beliau turut memerintahkan supaya Peranti Pengawasan Elektronik (PBE) dipasangkan pada mekanik berusia 57 tahun dan anak lelakinya yang berumur 20 tahun bagi tempoh maksimum 59 hari mulai hari ini sehingga 3 April.
Selepas dipasangkan dengan PBE, dua beranak yang berpakaian lokap berwarna oren, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk dibebaskan.
BACA: Empat sekeluarga ditahan disyaki bunuh, bakar beberapa mangsa
BACA: Kes bunuh Tapah: Polis temui gigi dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memohon supaya mahkamah membebaskan dua beranak itu mengikut Seksyen 7(1)(b) POCA dan memasang PPE mengikut Seksyen 7(2) akta sama.
BACA: Kes bunuh Tapah: Apa dilakukan suspek seperti binatang - Abang Mangsa
Harris Ong ketika ditemui pemberita berkata dua beranak itu dibebaskan kerana siasatan tidak dapat diselesaikan sepanjang mereka direman sejak Disember lepas namun, kedua-duanya masih dalam tindakan untuk didaftarkan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).
Beliau berkata sepanjang tempoh pemakaian PBE itu, Lembaga Pencegahan Jenayah akan menetapkan sama ada dua beranak itu boleh dilepaskan atau ditahan di mana-mana pusat tahanan selama dua tahun atau sekatan dengan jaminan selama lima tahun.
GALERI FOTO: Pembunuhan sadis di Tapah
Selain itu, mekanik itu dan anak lelakinya perlu mematuhi 10 syarat ditetapkan termasuk melaporkan diri kepada ketua balai polis terdekat dan memaklumkan jika ada pertukaran alamat.
"Kegagalan mematuhi syarat adalah satu kesalahan mengikut subseksyen 7 A(6) Akta Pencegahan Jenayah 1959," katanya.
BACA: Dua anak suspek kes bunuh Tapah diletak di bawah perlindungan JKM
BACA: Kes bunuh Tapah: Isteri, seorang anak kepada suspek utama dibebaskan
Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.
Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Dis tahun lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan kehilangan lelaki itu.
Bernama
Fri Feb 05 2016
Hakim memerintahkan supaya PBE dipasangkan pada mekanik dan anak lelakinya bagi tempoh maksimum 59 hari mulai hari ini sehingga 3 April. -Gambar fail
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Kes bunuh Tapah: Dua beranak dibebaskan dengan pengawasan PBE
Hakim memerintahkan supaya PBE dipasangkan pada mekanik dan anak lelakinya bagi tempoh maksimum 59 hari mulai hari ini sehingga 3 April.