NATIONAL
Kes Daim: Lebih banyak kertas siasatan dijangka dibuka - Azam

Azam berkata, SPRM akan meneruskan tindakan yang telah diatur dan dirancang bagi menentukan status hak milik harta-harta tersebut, yang dipercayai diperoleh secara menyalahi undang-undang. - Gambar fail
KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan lebih banyak kertas siasatan akan dibuka bagi tujuan melucutkan hak sebahagian harta milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin dan keluarganya yang tidak diisytiharkan.
Ringkasan AI
- SPRM sedang menyiasat harta milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarganya yang tidak diisytiharkan, dengan nilai aset dikesan melebihi RM2 bilion.
- Setakat ini, lapan kertas siasatan telah dibuka, dan jumlah itu dijangka bertambah kerana setiap aset memerlukan siasatan berasingan untuk tindakan pelucutan hak.
- SPRM juga sedang menjejaki aset yang berkemungkinan berada di luar negara, dan menegaskan siasatan akan diteruskan walaupun menerima kritikan daripada pihak keluarga.
“Setiap harta yang terlibat dalam tindakan pelucutan hak memerlukan satu permohonan kertas siasatan.
“Setakat ini, hanya lapan kertas siasatan yang telah dibuka dan ya... ia mungkin akan bertambah selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran Polisi Integriti di Universiti Islam Selangor di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Azam turut menyelar kenyataan peguam isteri dan keluarga Daim yang menyifatkan tindakan SPRM sebagai tidak masuk akal dan tidak berasas dari segi undang-undang.
“Berasas atau tidak, itu adalah pandangan beliau. Mereka juga mempunyai hak untuk menyuarakan sebarang pandangan,” ujarnya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa SPRM sedang berusaha untuk melucutkan hak pemilikan harta milik Daim, keluarganya serta proksi-proksinya.
SPRM turut dipercayai sedang menjejaki aset yang tidak diisytiharkan dan berkemungkinan berada di luar negara. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami