Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kesal dengan tindakan seorang lelaki yang meninggalkan seorang kanak-kanak di kaunter Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kinta, Perak Khamis lepas.
Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata pihaknya terkilan dengan tindakan lelaki berkenaan yang dipercayai bapa atau penjaga kepada kanak-kanak lelaki berumur empat tahun itu.
"Kita terkejut dengan tindakan lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak berkenaan. Nasib baik kebanyakan Pejabat JKM mempunyai rakaman kamera litar tertutup (untuk mengesan kes seumpama itu).
"Bagaimanapun kita bersyukur kerana sekurang-kurangnya lelaki itu masih mempunyai pertimbangan dengan menghantar kanak-kanak itu ke tempat yang betul, bukan membuangnya," katanya kepada pemberita di Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Borneo Convention Centre Kuching di sini.
Dilaporkan, melalui rakaman CCTV di Pejabat JKM Daerah Kinta itu, seorang lelaki kelihatan meninggalkan seorang kanak-kanak kira-kira 9.02 pagi, untuk menjawab panggilan telefon dan tidak muncul-muncul selepas itu.
Kanak-kanak itu yang membahaskan dirinya sebagai Abang Saiful kini ditempatkan di institusi perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara sebelum warisnya ditemui.
Bernama
Sun Sep 01 2013
Gambar arkib
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak
Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan memiliki empat anak bagi meluaskan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.
Subsidi ujian Mamogram minta diteruskan dalam Bajet 2014
Datuk Rohani Abdul Karim berkata beliau sudah mengemukakan hasrat itu dalam mesyuarat Bajet 2014 peringkat Jemaah Menteri baru-baru ini.
Amaran buat syarikat amal diskriminasi terhadap wanita bertudung
Kerajaan akan mengambil tindakan ke atas syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung ketika ingin memohon pekerjaan.
Kesal kanak-kanak ditinggal di pejabat JKM
Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai rakaman kamera litar tertutup untuk mengesan kes itu.
KPWKM akan dapatkan perintah tetap jagaan abang dan adik mangsa dera
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mendapatkan perintah tetap jagaan kanak-kanak ke atas abang dan adik kepada mangsa dera berumur lima tahun yang meninggal dunia semalam.
Pemerkasaan wanita dalam sektor pekerjaan
Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh kepada 55 peratus pada tahun 2015.
Ibu-bapa harus kikis perasaan malu untuk daftar anak OKU
Kerajaan menggesa penjaga terutamanya ibu bapa, mengikis perasaan malu dan mendaftarkan orang kurang upaya (OKU) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Masyarakat digesa lapor salah laku terhadap anak yatim
Kerajaan tidak akan melepaskan sewenang-wenangnya pengusaha rumah perlindungan anak-anak yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kementerian.
Tak sudi subsidi punca pelan kurang tenaga kerja asing tak menjadi
Subisidi dan insentif ganti amah tiada sambutan gagalkan usaha kerajaan kurang kebergantungan rakyat Malaysia kepada tenaga pengasuh asing.
KPWKM syor suspek kes rogol dikenakan tindakan undang-undang
Datuk Rohani Abdul Karim berkata menerusi Mahkamah Sesyen, suspek boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.