Rakyat jelata tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang kini dikhabarkan kurang sihat.
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, keadaan kesihatan ayahandanya kini semakin baik setelah mendapatkan rawatan daripada doktor peribadi dan rehat yang secukupnya.
"Alhamdulillah semuanya sudah selamat...baginda telah menjalani pemeriksaan kecil perubatan dan kini dalam perjalanan untuk mendapatkan 'second opinion' (pandangan kedua mengenai kesihatan baginda) di UK (United Kingdom).
"Rakyat tidak perlu bimbang (dengan kesihatan Sultan) dan saya harap rakyat terus mendoakan baginda terus sihat," titahnya.
Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Teluk Gading, Tanjung Gemuk, dekat sini hari ini.
Sebelum ini, Sultan Ahmad Shah dilaporkan tidak sihat ketika sedang menyampaikan pingat dan darjah kebesaran sempena hari ulang tahun baginda yang ke-82 kepada penerima-penerima pingat di Istana Abu Bakar, Pekan, Sabtu lepas.
Sementara itu, Tengku Abdullah meminta kerajaan negeri dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengkaji secara holistik sistem perparitan yang menjadi punca banjir di kawasan Rompin.
Katanya langkah itu perlu bagi menjaga tanaman padi agar tidak musnah dan mengelak kediaman pesawah dinaiki air ketika bencana banjir melanda kawasan berkenaan.
"Dari apa yang saya perhatikan perkara yang sama berlaku tiap-tiap tahun.
Sudah sampai masanya JPS mengkaji semula secara holistik punca-punca banjir bagi menjaga tanaman padi agar tidak musnah oleh faktor-faktor tertentu," titahnya.
Hampir 300 mangsa banjir daripada 76 keluarga daripada tujuh buah kampung di Rompin terpaksa dipindahkan di tiga buah pusat pemindahan di daerah ini berikutan rumah mereka dinaiki air sejak pagi semalam.
Kampung yang terjejas adalah Kampung Kurnia, Kampung Setajam, Kampung Sarang Tiong, Kampung Mentara, Tanjung Gemok, Kampung Perepat dan Kampung Janglau.
Bernama
Wed Feb 06 2013
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Al-Sultan Abdullah terima anugerah Darjat Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima anugerah Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B), iaitu bintang kebesaran tertinggi di negara itu.
Teringin lihat Agong pakai tanjak Almarhum Sultan Ahmad Shah
Ia bagi mengimbau momen bersejarah 40 tahun lalu, di mana persalinan Diraja tersebut pernah dipakai Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika baginda ditabalkan menjadi Agong ketujuh.
Raja Permaisuri Agong Ketua Perlembagaan UIAM baharu
Tunku Azizah menerima watikah berkenaan daripada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada majlis terima menghadap baginda pagi tadi.
Nama saya tidak sehebat Almarhum ayahanda - Agong
Baginda bertitah Almarhum ayahanda baginda begitu hebat dalam pelbagai bidang termasuk agama, pendidikan, kebajikan, ketenteraan dan sukan.
Air mata Agong lambang kasih seorang anakanda
Suasana bertambah sebak apabila baginda memeluk kekanda-kekanda baginda di hadapan jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Sultan Abu Bakar.
Almarhum Sultan Ahmad Shah selamat disemadikan
Jenazah Almarhum disemadikan bersebelahan pusara isteri baginda Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan Tengku Muhammad, yang mangkat pada 29 Jun, 1988.
Golongan kenamaan, pemimpin dan rakyat beri penghormatan terakhir di Istana Abu Bakar
Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja di Pekan, selepas Zohor pada Khamis.
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
Bendera Malaysia dikibar separuh tiang sehingga esok
Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menerusi satu kenyataan di laman twitternya.
Istiadat pemakaman Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah
Mulai hari ini hingga Sabtu, sebarang bentuk acara hiburan tidak dibenarkan dan Majlis Tahlil selama tiga malam di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri Pahang.