SHAH ALAM: Ketetapan baharu solat Jumaat di Selangor yang diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibuat setelah mendapat nasihat dan pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Istana Alam Shah memaklumkan ketetapan baharu dilakukan berpandukan statistik dan data terkini mengenai penularan wabak COVID-19.
Sultan Sharafuddin menerusi hantaran itu menyeru para jemaah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pentadbir masjid dan surau.
"Baginda juga mahu setiap jemaah telah menerima suntikan dua dos vaksin dan juga dos penggalak COVID-19," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, setiap keputusan yang diambil, baginda sentiasa memikirkan keselamatan nyawa rakyat di Selangor kerana mengikut statistik semasa, jumlah kematian akibat COVID-19 di negeri itu sahaja melebihi 10,000 orang.
Selasa lepas, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau, yang mendapat kebenaran Solat Jumaat di negeri itu bagi menunaikan solat Jumaat berikutan perkenan Sultan Selangor, berkuat kuasa esok.
Sultan Selangor turut berkenan bagi jarak antara satu jemaah dengan jemaah yang lain ditetapkan dengan jarak 1.0 meter.
Ketetapan baharu itu juga akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah di seluruh negeri sehingga 35 peratus tertakluk kepada kapasiti sesebuah masjid dan surau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Sultan Sharafuddin turut menyeru para jemaah agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pentadbir masjid dan surau.- Gambar fail/BERNAMA
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.
Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Sister Enda Ryan
Sultan Sharafuddin zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu.
Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan
Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri itu.
Sultan Selangor, Anwar berbuka puasa bersama rakyat
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Universiti Putra Malaysia, pada Jumaat.
Sultan Selangor zahir hasrat tidak sambung tugas Pengerusi MKI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).