JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor CP M Kumar mengesahkan beliau turut menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom pagi tadi.
Beliau berkata ancaman bom itu telah dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum di sini hari ini.
"Semakan mendapati e-mel tersebut menggunakan alamat sama yang pernah dihantar beberapa tahun lepas. Kami percaya orangnya adalah sama. Akaun yang digunakan adalah akaun palsu.
"Kami dalam usaha untuk mengenal pasti penghantar e-mel tersebut dan apa-apa perkembangan kami akan maklum kemudian," katanya kepada pemberita selepas menyantuni petugas Op Selamat di Jalan Lingkaran Dalam di sini malam ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ancaman bom yang dibuat ke atas beberapa premis kerajaan negeri hari ini.
Kumar berkata e-mel yang dihantar individu terbabit adalah maklumat palsu bertujuan menimbulkan kegusaran dan ketegangan dalam kalangan orang ramai.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilapor berkata tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan termasuk Menara MBJB disahkan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Ancaman bom itu dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara MBJB. - Facebook Polis Johor
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ketua Polis Johor sahkan turut terima e-mel ancaman bom
Ancaman bom itu dihantar ke e-mel rasmi Ketua Polis Johor dan dipercayai dihantar oleh individu sama yang menghantar ancaman bom di Menara MBJB.
Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Euro 2020: 70 individu ditahan dalam judi 'online' libatkan nilai pertaruhan lebih RM44 juta
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi bermula selama sebulan sejak 12 Jun lalu.
Op Noda: 26 individu diberkas, sindiket persundalan ditumpaskan polis
Dalam operasi itu, premis yang diserbu dan diperiksa melibatkan dua buah hotel bajet, tiga rumah apartmen, sebuah rumah kediaman dan rumah kedai.
51 individu diberkas, terlibat sindiket judi bola sepak Euro 2020 bernilai lebih RM19 juta
Bermula 10 Jun hingga Sabtu lalu, pihaknya telah melancarkan Op Soga VIII bagi membanteras sindiket pertaruhan judi bola sepak di negeri itu.
12 pegawai kanan agensi penguat kuasa ditahan berkait Geng Nicky
Babitkan 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peras ugut: Anggota dan pegawai polis terlibat, dah macam pemungut cukai - Ayob Khan
Susulan laporan dibuat oleh mangsa, tangkapan dibuat terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 26 hingga 46 tahun.
Nicky, pembantu didakwa secara 'in absentia' kerana masih dalam buruan - KP Johor
Turut dituduh di bawah pertuduhan yang sama, iaitu Seksyen 130V Kanun Keseksaan ialah 13 individu lain.
Polis Johor belum terima senarai individu dikuarantin daripada KKM - Ayob Khan
Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya sehingga kini masih menunggu data berkenaan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).